10 April baru tahu PKP sambung atau tidak

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah memasuki fasa kedua (1 – 14 April).

“Walaupun semalam (Rabu) saya mengatakan ada petanda awal menunjukkan prestasi baik tetapi jangkaan itu terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.

“Kita akan menilai semula keberkesanan pada hari ke-10 (10 April) sama ada PKP perlu disambung atau sebaliknya,” katanya dalam sidang media khas Covid-19 di Putrajaya, pada Khamis.

Beliau turut menambah bahawa perkara paling penting dalam fasa kedua ini adalah melandaikan graf.

“Alasan utama untuk kita melandaikan graf kerana bukan kita jangka kosong peratus kes Covid-19 dalam negara ini, tetapi untuk membolehkan hospital kita dapat menerima pesakit jika kes naik mendadak.

“Jika kita lihat pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga meningkat, jadi kita perlu memastikan kapasiti hospital mampu menampung jumlah pesakit untuk menyediakan perkhidmatan terbaik bagi pesakit,” katanya.

Statistik Covid 2 April 10 April baru tahu PKP sambung atau tidak

Sementara itu Noor Hisham memberitahu jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 767 kes atau 24.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga jam 12 tengah hari, terdapat 208 kes baharu yang dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,116 kes.”

Foto : Bernama

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.