10 artikel paling ‘tak laku’ sepanjang 2020

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Menyenaraikan 10 artikel terbaik mungkin terlalu tipikal, terlalu mainstream, anda boleh baca 15 artikel Labola Malaya paling top untuk 2020 di ruangan artikel popular, hanya scroll-down sahaja, mesti jumpa.

Kami di Labola Malaya sebaliknya memilih menyenaraikan 10 artikel yang disasarkan boleh mendapat sambutan tetapi akhirnya sendu, berlalu pergi begitu sahaja dengan ada artikel yang tidak mencapai 5,000 bacaan sekalipun, mungkin anda terlepas pandang atau mungkin memang artikel yang tidak menimbulkan minat langsung.

Ini 10 artikel tersebut, mana tahu tiba-tiba mood berubah, timbul minat, bolehlah jadi bahan bacaan isi kelapangan pada Hari Tahun Baru 2021 ini.

# Michael Owen yang dibenci penyokong Argentina

Penyokong fanatik Argentina boleh dimaafkan jika mereka masih menyimpan rasa marah dan sakit hati terhadap kelibat bekas penyerang sensasi England, Michael Owen.

Dalam dua edisi Piala Dunia berturut-turut iaitu France 1998 dan Korea/Japan 2002, Michael Owen mendapatkan sepakan penalti untuk England, kedua-duanya menentang Argentina.

Nak baca selebihnya, klik link ini, Michael Owen akui rasa bersalah, tetapi tegaskan dia tidak diving.

 

# Dah bersara, tapi Djibril Cisse jiwa kacau selagi tak skor 100 gol 

Bekas penyerang Liverpool dan Perancis, Djibril Cisse meluahkan hasrat keluar dari persaraan demi memburu gol ke-100 dalam saingan Liga Perancis (Ligue 1).

Cisse mengumpul 96 gol sepanjang beraksi dalam Ligue 1 bersama Auxerre, Marseille dan Bastia.

Baca selanjutnya di Djibril Cisse mahu keluar persaraan demi gol ke-100.

 

# Main sahaja seperti aku suruh, tak perlu banyak cakap

Pengurus Barcelona Ronald Koeman nampaknya kurang senang dengan rungutan Antoine Griezmann mengenai perubahan posisinya.

Penyerang Perancis itu diletakkan bermain di sayap kanan sejak Koeman mengambil alih pasukan sedangkan dia lebih efektif sebagai penyerang tengah ataupun penyerang sokongan (posisi no.10).

Baca selanjutnya di Saya pengurus, saya tentukan di mana dia bermain, takkan nak letak 10 pemain di satu posisi sama.

 

# Chong Wei bukan scammer la!

Tiga bulan dah jadi jutawan? Datuk saya pun takkan percayalah, tolong jangan percaya benda-benda yang tak munasabah ya kawan-kawan, tiada jalan pintas untuk berjaya.”

Itu reaksi bekas jaguh badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei yang bengang dengan pihak yang mempergunakan namanya sebagai tarikan untuk mengajak orang ramai menyertai ‘lubuk rahsia’ yang membolehkan mereka menjadi jutawan segera.

Baca luahan Chong Wei di Datuk saya pun takkan percayalah!

 

# Terus terang sahajalah, kalau kekal di Arsenal takkan menang apa-apa!

Bekas penyerang Manchester United, Robin Van Persie mendedahkan Sir Alex Ferguson adalah punca utama dia meninggalkan Arsenal dan menyertai pasukan itu pada musim 2012/2013.

Perpindahan Robin Van Persie yang ketika itu kapten Arsenal ke kelab musuh ketat mereka itu mencetus sensasi dan boleh dikatakan menjadi kejutan terbesar dalam Liga Perdana Inggeris musim tersebut, sehinggakan dia dilabel pengkhianat oleh penyokong the gunners.

Baca artikel penuh di Kalau bukan kerana Sir Alex Ferguson, Robin Van Persie tidak akan berpaling tadah.

 

# Bukan mudah untuk memilih, nanti ada yang berkecil hati

Lebih 20 tahun bergelar pemain professional, Frank Lampard telah berpeluang bermain dengan ramai pemain-pemain hebat lagi menakjubkan, dan ini lima pemain dinamakannya sebagai yang terbaik dia pernah beraksi bersama.

Siapa pilihannya? Baca di Frank Lampard namakan lima pemain terbaik dia pernah beraksi bersama.

 

# Betul ke Arsenal mendiskriminasi Islam? 

Arsenal sebuah pasukan yang tidak menghormati malah diskriminasi mereka terhadap agama islam adalah cukup tinggi, ia boleh dilihat dengan jelas dalam layanan mereka terhadap bintang tengah, Mesut Ozil.

Itu kandungan surat terbuka daripada Majlis Persatuan Cypriot Turki (CTCA) yang terdiri daripada etnik Turki berasal dari Cyprus kepada kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Baca artikel penuh di Mehmet selar diskriminasi Arsenal terhadap Ozil, agama islam.

 

# Azizul Kamaluddin, Roberto Baggio Malaysia

Azizul Kamaluddin, salah seorang penyerang terbilang yang pernah mewarnai kancah bolasepak tanah air.

Penampilan bertocang ala-ala Roberto Baggio membuatkan kelibat Azizul senang menjadi perhatian, dan sentuhan penyudah berbisanya membuatkan dia sentiasa disebut sebagai salah seorang penyerang terbaik pernah dilahirkan Pahang.

Baca artikel penuh di Pengaruh Azizul Kamaluddin terlalu kuat.

 

# Lebih baik ternak lembu

Ayah mana yang tidak kecewa apabila karier anak berakhir begitu sahaja ketika baru berusia 22 tahun, lebih-lebih lagi setelah mengorbankan segala apa yang ada demi negara.

Pawi Omar, tidak dapat menyembunyikan kekecewaan itu, melihat nasib menimpa anaknya Khairul Idham Pawi atau dikenali sebagai Super KIP yang tidak disambung kontrak oleh Petronas Sepang Racing Team (SRT).

Baca selanjutnya di Kecewa karier Super KIP berakhir, Pawi pujuk anak bertani, ternak lembu.

 

# Betul ke Nani tidak bermoral?

Luis Nani mungkin tidak berjaya mencipta nama sehebat rakan senegara Cristiano Ronald0 di Manchester United, tetapi dia tetap berjaya memahat nama sebagai salah seorang pemain berjaya dalam jersi Red Devils dengan menjulang empat gelaran Liga Perdana Inggeris, selain Liga Juara Eropah dan juga Piala Dunia Kelab.

Dia juga pastinya dikenang penyokong Manchester United sebagai salah seorang pemain yang banyak menjaringkan gol-gol cantik dan menakjubkan melalui rembatan meroket ke gawang lawan. Cara dia meraikan gol dengan gaya akrobatik juga seringkali mencuri tumpuan ramai.

Artikel penuh di Gol Nani yang dianggap paling tidak bermoral dalam sejarah EPL.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.