10 pemain termahal ditandatangani Liverpool selepas diambil alih FSG

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sejak mengambil alih Liverpool pada Oktober 2010, Fenway Sports Group telah membelanjakan lebih dari £800 juta untuk membeli pemain baru.

Dalam tempoh 10 tahun, mereka telah terlibat di dalam 20 pasaran perpindahan, dengan 69 pemain ditandatangani – ada yang menjadi pembelian berbaloi untuk wang yang dibelanjakan, ada yang menjadi pembelian yang sia-sia.

Labola Malaya menyenaraikan 10 pemain termahal dibeli The Reds di bawah suntikan kewangan FSG.

#10 Roberto Firmin0 (£29 juta)

Dibeli dari Hoffeinhem pada musim panas 2015, pemain dari Brazil itu dilabel sebagai seorang yang unik dan luar biasa, menyaksikan Liverpool bermain menjadi lebih menghiburkan kerana adanya Firmino. Dia bukan false nine biasa, tetapi pelengkap sempurna kepada sistem permainan Jurgen Klopp.

#9 Sadio Mane (£30 juta)

Dibeli dari Southampton pada musim 2016 dan pantas memahat nama sebagai salah seorang pemain kesayangan di Anfield. Disifatkan sebagai pemain sayap berkelas dunia dan penyerang versatile, Sadio Mane cukup dikagumi dek larian lincah, teknik kawalan bola yang memukau, kreativiti, kekuatan kedua-dua belah kaki dan sentuhan penyudah berbisa.

#8 Christian Benteke (£32.5 juta)

Pemain yang dibeli Brendan Rodgers dari Aston Villa pada 2015 setelah Liverpool mengaktifkan klausa perpindahannya, sekaligus menjadikannya pemain kedua termahal teh reds ketika itu. Dikatakan menandatangani kontrak jangka panjang, tetapi dia cuma bermain semusim sebelum menyertai Crystal Palace. Benteke bolehlah disifatkan sebagai pembelian yang salah pada waktu yang salah.

#7 Alex Oxlade Chamberlain (£35 juta)

Pemain berbakat yang dibeli dari seteru Liga Perdana Inggeris, Arsenal dengan harga yang agak mengejutkan. Boleh dikatakan tidak menyumbang sebesar harga yang dibayar untuk khidmatnya dek kerana masalah kecederaan, namun bersama Liverpool, Chamberlain merasai apa yang tidak dirasainya sepanjang enam musim di Arsenal – menjulang EPL, Liga Juara Eropah dan Piala Dunia Kelab.

#6 Andy Caroll (£35 juta)

Caroll menyertai Liverpool pada hari terakhir, dan saat terakhir sebelum jendela perpindahan kedua EPL musim 2010/2011 ditutup, sebagai pengganti kepada Fernando Torres, yang dijual kepada Chelsea pada hari yang sama. Dia adalah pembelian kedua era FSG.

Caroll tidak mengharungi musim yang baik di Anfield disebabkan kecederaan dan prestasi yang merudum, tetapi dia akan sentiasa diingati atas jaringan kemenangan sensasi masa kecederaan ketika menewaskan Everton di separuh akhir Piala FA 2012.

#5 Mohamed Salah (£36.9 juta)

Pemain Liverpool termahal 10 pemain termahal ditandatangani Liverpool selepas diambil alih FSG

Klopp sebenarnya mahukan Julian Brandt tetapi diyakinkan oleh pengarah sukan Michael Edwards bahawa Salah adalah pilihan yang lebih baik. Salah sukar disekat, rekod jaringan hebat pemain Mesir itu membuktikan Salah adalah pilihan yang betul dan dia menjadi salah seorang tunjang utama menoktahkan penantian 30 tahun Liverpool menjulang EPL.

#4 Fabinho (£39 juta)

Pemain Brazil ini menyertai Liverpool dari Monaco pada 2018, dan selepas permulaan yang perlahan kini dia membuktikan kredibilitinya bukan sahaja sebagai salah seorang pemain defensif midfield, tetapi juga sebagai pemain pertahanan terbaik di Liga Perdana Inggeris.

#3 Naby Keita (£45 juta)

Liverpool mendapatkan khidmat Keita dengan mengaktifkan klausa perpindahannya namun kecederaan membataskan pemain yang dibeli dari RB Leipzig ini daripada menyerlahkan potensi sebenar sehingga ke detik ini.

#2 Allison Becker (£66.8 juta)

Perpindahan dari AS Roma menjadikan penjaga gol Brazil ini sebagai penjaga gol termahal dunia pada 2018 dan ternyata Liverpool tidak membuat kesilapan berbelanja besar bagi satu posisi yang sememangnya menjadi antara kelemahan terbesar mereka sejak beberapa musim sebelumnya. Simon Mignolet dan Loris Karius tidak cukup bagus untuk sebuah pasukan bercita-cita tinggi, dan Becker menjadi jawapan kepada pencarian tersebut.

#1 Virgil Van Dijk (£75 juta) 

Benda yang baik datang kepada mereka yang sabar menanti. Liverpool membuktikannya apabila berjaya menyambar pemain ini dari Southampton pada meskipun pada awalnya bidaan mereka ditolak. Pantas, bertenaga dan meyakinkan, ditambah dengan kualiti defensif dan kepimpinan yang mengagumkan, Van Dijk menyerlah menjadi pemain penting the reds, dan antara pemain pertahanan terbaik dunia ketika ini.

Foto ehsan : Zimbio, Getty Images

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.