13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Setiap profesion ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing, tetapi pemain bolasepak bolehlah dikatakan antara yang banyak menjadi pilihan artis popular mahupun selebriti untuk dijadikan teman hidup.

Baik di peringkat global mahupun tempatan, ramai jer artis popular bertemu jodoh dengan pemain bolasepak. Ada yang putus sekerat jalan, ditakdirkan jodoh tidak panjang dan ada yang melayari alam rumahtangga dengan cukup bahagia.

Di bawah ini antara artis popular yang bertemu jodoh dengan pemain bolasepak.

Shakira dan Gerard Pique

Shakira, penyanyi terkenal latin kelahiran Colombia telah bertemu jodoh dengan bintang Barcelona Gerard Pique, yang 10 tahun lebih muda daripadanya.

Shakira Pique 13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak

Menariknya kedua-dua mereka berkongsi tarikh lahir sama! Shakira 2 Februari 1977 manakala Pique pula 2 Februari 1987. Mereka berkenalan ketika Pique tampil dalam klip video rasmi ‘Waka Waka Hey Hey’ – lagu tema Piala Dunia Afrika Selatan 2010 dan mula menjalin hubungan bermula 2011. Pasangan ini dikurniakan dua cahayamata dan dilabel “World’s Most Powerful Couples” oleh Forbes.

Victoria Adams dan David Beckham

Victoria cukup popular dengan gelaran ‘Posh Spice’ kumpulan pop terkenal era 90-an, Spice Girls. Victoria menjalin hubungan bersama Beckham yang meniti kemasyuran bersama Manchester United pada 1997. Di waktu itu, pasangan ini mendominasi hebat ruangan gosip hiburan, digelar ‘Posh and Becks’ oleh media.

Beckham Victoria 13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak

Mereka berkahwin pada 1999 dengan rakan sepasukan Gary Neville merupakan pengapit Beckham. Mereka mempunyai tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan. Menariknya ketiga-tiga anak lelaki Beckham bermain dengan Akademi Arsenal.

Eyra Hazali dan Haziq Nadzli

Eyra atau Hazirah Qasdina, berasal dari keluarga seni dan sudah terlibat dalam industri sejak usia kecil.

Eyra dan Haziq 13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak

Pelakon yang dikenali menerusi drama Mr Grey dan turut membintangi Ratu Kala Jengking ini berkenalan dengan penjaga gol JDT II, Haziq Nadzli ketika Sukan SEA 2017.

Haziq membantu skuad negara memenangi pingat perak ketika itu. Kedua-dua mereka berkahwin pada November tahun lalu.

Yolanthe Cabau dan Wesley Sneijder

Wesley dan isteri 13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak

Yolanthe Cabau merupakan pelakon, model dan pengacara popular kacukan Sepanyol-Belanda yang pernah diiktiraf sebagai ‘Sexiest Dutch Woman’ oleh Dutch FHM pada 2009. Dia berkenalan dengan bekas bintang Real Madrid, Wesley Sneijder pada 2009 dan mereka berkahwin pada Julai 2010 – hanya seminggu selepas Sneijder beraksi di final Piala Dunia 2010. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, dan telah berpisah pada 2019.

Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

Zaquan dan Ayu 13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak

Ayu Raudhah, pelakon popular tanah air yang mencipta nama sekitar sedekad yang lalu dengan Nur Kasih antara drama yang mengangkat namanya. Ayu berkenalan dengan Zaquan Adha yang muda tiga tahun daripadanya pada 2009 dan mereka berkahwin pada 2011. Pasangan ini dikurniakan 4 orang anak.

Pilar Rubio dan Sergio Ramos

Sergio dan isteri 13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak

Pilar Rubio, wartawan, model, pelakon dan pengacara TV popular berasal dari Sepanyol ini menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid dan Sepanyol, Sergio Ramos pada 2012 dan mereka bertunang pada 2018 selepas mempunyai tiga orang anak.

Pasangan ini berkahwin pada 2019 dan kini sedang menantikan anak keempat.

Sara Carbonero dan Iker Cassilas

Sara Carbonero merupakan wartawan dan pengacara sukan yang pernah mencetus kontroversi yang menjadi tumpuan global ketika Piala Dunia 2010 apabila dikatakan membuat liputan begitu hampir di belakang pintu gol Sepanyol sehingga menganggu tumpuan Iker Casillas, yang juga kekasihnya sehingga dia melepaskan gol yang menjadi punca kekalahan pasukan itu kepada Switzerland.

Iker Cassilas dan Sara 13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak

Dia pernah diiktiraf sebagai wartawan paling seksi di dunia pada 2009 ketika awal hubungannya dengan Iker Cassilas. Mereka berkahwin pada 2016 dan kini mempunyai dua orang anak.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

Rita Rudaini nama yang bukan asing kepada peminat hiburan tanah air. Rita Rudaini berkenalan dengan Aidil Zafuan yang sedang mencipta nama pada penghujung 2006 ketika usia pemain itu baru 19 tahun, manakala Rita pula 11 tahun lebih tua daripadanya. Mereka berkahwin di Songkhla selepas lebih setahun berkenalan (Februari 2008), dan perkahwinan itu hanya diketahui umum selepas 10 bulan. Pasangan ini dikurniakan dua cahayamata namun jodoh mereka tidak panjang apabila berpisah pada tahun 2013.

Didiey Alias dan Norhisham Ismail

Didie dan Norhisham 13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak

Didiey Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd merupakan pelakon popular tanah air pada awal 1990-an dan kini lebih sinonim sebagai pelakon komedi. Dia berkenalan dengan bekas pemain Negeri Sembilan pada 2003 ketika sama-sama memajukan syarikat pengurusan acara. Mereka berkahwin pada 2009.

As Feminin dan Azman Adnan

Azman dan isteri 13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak

Asfarina Muhamad merupakan anggota kumpulan Feminin, yang popular pada era 90-an, dengan lagu Untukmu (angin Bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkan mu) merupakan lagu sensasi kumpulan itu. As bertemu jodoh dengan bintang bolasepak tanah air, Azman Adnan pada 2004 dan pasangan ini mempunyai empat cahayamata.

Mia Ahmad dan Izham Tarmizi

Izham dan Mia 13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak

Pelakon yang pernah memenangi Anugerah Telenovela 2016 menerusi lakonan dalam Hati Perempuan ini berkenalan dengan penjaga gol JDT Izham Tarmizi ketika menjalani penggambaran di Johor pada 2015. Izham kemudian berjaya tackle Mia menerusi twitter dan kedua-dua mereka melangsungkan perkahwinan pada 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang anak.

Han Hye Jin dan Ki Sung Yueng

Hye Jin dan Ki Sung 13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak

Peminat drama Korea pastinya cukup mengenali pelakon cantik berusia 38 tahun ini yang popular menerusi drama seperti Hold Me Tight, Jejungwon dan The Thorn Birds. Dia menjalin hubungan dengan bintang antarabangsa Korea Selatan yang beraksi sebagai pemain tengah Real Mallorca, Ki Sung Yueng pada 2013. Mereka berkahwin pada tahun sama dan mempunyai seorang anak.

Zetty Nabila dan Ahmad Khairil Anuar (Beto)

Perkenalan Zetty Nabila yang merupakan penyampai Hot FM dan Beto yang kini bermain dengan PJ City FC bermula pada hujung 2019.

Kedua-dua mereka berkenalan melalui media sosial dan hubungan itu menjadi lebih serius pada tahun lalu, sebelum masing-masing bertunang pada bulan Ogos 2020 seterusnya melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember.

Zetty dan Beto 13 Artis Popular Yang Berkahwin Dengan Pemain Bolasepak
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.