20 filem ‘crime thriller’ mesti tonton

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Filem bergenre crime atau action thriller, penyiasatan yang menguji minda, penuh dengan misteri, ketegangan dan twist tidak dinafikan antara yang banyak mendapat sambutan peminat filem bagi mengisi masa terluang.

Di sini Labola senaraikan 20 filem India Selatan bergenre tersebut yang wajib berada dalam senarai untuk ditonton.

Filem yang disenaraikan ini bukan mengikut ranking atau turutan mana yang lagi best, ianya penyenaraian secara rawak.

Kuttram 23

Filem yang mengisahkan mengenai penyiasatan jenayah perubatan.

Arun Vijay, selepas rehat dua tahun tampil dengan lakonan mantap dalam filem ini membawa watak Vetrimaaran IPS, pegawai polis yang menyiasat pembunuhan isteri pemilik saluran televisyen terkemuka.

Ketika dia merungkai misteri dan persoalan di sebalik kematian itu, dia berdepan beberapa rintangan dan mendapati amalan haram yang mengejutkan berlaku dalam bidang perubatan.

Apakah sebenarnya punca kematian wanita itu, mengapa dia dibunuh. Apa amalan haram tersebut (sememangnya berlaku dalam dunia sebenar), filem ini pastinya membuatkan anda melekat di tempat duduk.

555 (Ainthu Ainthu Ainthu)

Antara filem terbaik karier Bharath yang berjaya di box office namun boleh dikatakan filem yang ‘underrated’.

Mengisahkan mengenai Bharath yang mengalami ‘psychotic disorder’ dan terjejas secara emosi akibat kemalangan yang turut meragut nyawa teman wanitanya.

Tetapi anehnya perempuan yang konon teman wanitanya itu dikatakan sekadar bayangan/imaginasi dan tiada siapapun percaya tentang kewujudan perempuan itu.

Saksikan filem hebat ini untuk ketahui apa misteri di sebalik kejadian menimpa Bharath.

Imaikka Nodigal

Imaikka Nodigal 20 filem 'crime thriller' mesti tonton

Filem psychological thriller mengenai pembunuh bersiri yang melakukan pembunuhan hanya untuk mencabar kewibawaan jabatan polis, lebih tepat kewibawaan Anjali Vikramadihtyan, pegawai CBI lakonan Nayanthara.

Mengapa Anjali yang menjadi sasaran, filem yang pastinya menarik untuk ditonton.

Plot twist : Yes

Ratsasan

Filem psychological thriller mengisahkan Arun, seorang yang berputus asa dengan cita-cita menjadi pengarah filem dan bertugas sebagai pegawai polis biasa menerusi bantuan abang iparnya.

Satu kejadian pembunuhan menggemparkan berlaku di kawasannya, dan ia disusuli beberapa pembunuhan lain dilakukan oleh seorang psikopat.

Saksikan cabaran dilalui Arun yang merupakan polis biasa yang perlu patuh kepada pegawai berpangkat lebih tinggi untuk memburu pembunuh dan menyelesaikan kes ini.

Theeran Athigaram Ondru

Theeran Adhigaram Ondru 20 filem 'crime thriller' mesti tonton

Kisah mengenai rintangan dilalui Karthi yang membawa watak Theeran Thirumaran, seorang pegawai polis yang berdedikasi dan jujur yang menyiasat mengenai beberapa siri kejadian rompakan dan pembunuhan brutal yang gagal diselesaikan pegawai sebelumnya.

Kisah ini adalah berdasarkan kejadian benar Operasi Bawaria yang dilancarkan polis Tamilnadu di dalam menyelesaikan kes penculikan, rompakan dan pembunuhan brutal oleh sekumpulan gangster diketuai Oma Bawaria sekitar 1995 – 2006.

Adhe Kangal

Kisah mengenai Varun Murali seorang chef dan pemilik restoran yang buta, jatuh cinta dengan Deepa.

Deepa mengalami masalah kewangan dan Varun telah berjanji membantunya, tetapi satu kemalangan yang berlaku terhadap Varun menyaksikannya dimasukkan ke hospital dan mendapat semula penglihatan, tetapi Deepa hilang entah ke mana.

Berpegang kepada janjinya mahu membantu Deepa, dia cuba mencari tetapi tidak berhasil.

Apa misteri di sebalik kehilangan Deepa. Bolehkan Varun yang tidak pernah melihat wajah wanita itu mencarinya semula.

Plot twist : Yes

Thadam

https://www.youtube.com/watch?v=SJdUk__15MA

Arun Vijay memang jarang mengecewakan dan dia tampil dengan satu lagi filem box-office.

Thadam mengisahkan mengenai pembunuhan seorang lelaki dan pihak polis telah berjaya menangkap suspek utama (hero).

Kes menjadi rumit apabila terdapat seorang lagi yang wajahnya menyerupai suspek sekaligus membuatkan jabatan polis keliru dan terpaksa memerah otak mencari siapakah pembunuh yang sebenar.

Plot twist : Yes

Kutrame Thandanai

Kuttrame Thandanai Poster 20 filem 'crime thriller' mesti tonton

Mengisahkan mengenai Ravi yang penglihatannya terhad dan perlu membuat pembedahan jika tidak mahu buta sepenuhnya.

Pada satu hari dia telah menyaksikan satu kejadian pembunuhan, dan disebabkan dia memerlukan duit untuk pembedahan matanya, dia mula memeras ugut dua suspek utama pembunuhan tersebut.

Kenapa dua suspek itu bersetuju untuk mengikut permintaan Ravi sedangkan hanya salah seorang daripada mereka adalah pembunuh. Siapa pembunuh sebenar.

Plot twist filem ini memang tidak disangka-sangka, membuatkan anda pasti terkesima.

Irumbu Thirai

Irumbu Thirai poster 20 filem 'crime thriller' mesti tonton

Sebuah filem crime thriller mantap lakonan Vishal dan action king Arjun.

Mengenai seorang pegawai tentera yang meminjam duit dari bank dengan menggunakan dokumen palsu menerusi bantuan orang tengah.

Namun selepas pinjaman diluluskan, duit tersebut hilang dari akaun tanpa sesen pun diguna, membawa kepada penyiasatan misteri di sebalik kejadian.

Filem ini sarat dengan pengajaran berguna mengenai bahaya dan mudarat teknologi jika ia tidak diguna secara betul.

Pokkiri

https://www.youtube.com/watch?v=5oPmrh7cnRU

Satu daripada filem aksi terbaik Vijay – Pokkiri digarap dengan cukup baik dari babak komedi, cinta, lagu mahupun aksi yang mana tidak meleret dan membosankan.

Vijay merupakan seorang kaki pukul yang bersedia melakukan apa sahaja demi duit, dan keberaniannya itu menarik minat dua kumpulan genster yang bermusuh. Dia menyertai salah satu kumpulan tersebut namun rupanya ada agenda tersendiri. Siapa Vijay sebenarnya, baik atau jahat.

Vettaiyadu Villaiyadu

Filem penyiasatan blockbuster 2006 yang menyaksikan Kamal Hassan memenangi Anugerah Pelakon Terbaik.

Kamal Hassan memegang watak pegawai polis yang menyiasat kehilangan anak kawannya tetapi ia membawa kepada pelbagai penemuan lain mengenai pembunuh psiko yang merogol dan membunuh puluhan gadis.

Yudham Sei

https://www.youtube.com/watch?v=suqH5qhT0u4

Kisah mengenai JK yang dipaksa oleh pegawai atasannya untuk mengambil alih satu kes pembunuhan brutal, pada ketika dia tiada mood kerana sedang mencari adiknya sendiri yang sudah beberapa bulan hilang.

Beberapa pembunuhan dengan patern sama berlaku menyebabkan dia mula berminat dengan kes itu namun semakin dia menyiasat, dia mendapati ia bukan sekadar satu pembunuhan biasa sebaliknya penuh misteri dan dilakukan dengan perancangan yang rapi.

Siapa di sebalik pembunuhan brutal misteri ini, dan apa tujuannya. Yudham Sei sebuah cerita yang digarap lain dari yang lain.

Dhuruvangal 16

Filem ‘neo noir’ crime thriller mengisahkan mengenai seorang pegawai polis yang terpaksa bersara awal, selepas kehilangan kaki akibat kemalangan ketika kejar-mengejar dengan suspek kes pembunuhan beberapa tahun lalu.

Kegagalan menyelesaikan kes itu menghantui pegawai polis tersebut apatah lagi telah begitu bekerja keras melakukan penyiasatan, tetapi ia bukan sekadar satu kegagalan tetapi ada kisah lain di sebaliknya.

Plot twist : Yes

1-Nenokkadine

Filem psychological thriller mengenai Mahesh Babu yang sering kali berhalusinasi akan tiga individu dari zaman kanak-kanaknya yang mana dia percaya mereka adalah pembunuh ibu bapanya.

Dia diyakinkan bahawa tiada kejadian sebegitu pernah berlaku pada masa silamnya sebaliknya sekadar bayangannya semata-mata sehinggalah satu hari dia yakin telah ternampak seorang daripada tiga individu itu di depan mata dan mula mengejarnya.

Apakah benar ketiga-tiga mereka itu wujud dalam dunia sebenar, atau mungkin Mahesh mengalami mental disorder? Tonton Nenokkadine untuk merungkai misteri tersebut.

Arima Nambi

Arima Nambi 20 filem 'crime thriller' mesti tonton

Vikram Prabhu melaporkan kepada polis mengenai kawan perempuan yang baru dikenalinya diculik ketika mereka berdua makan malam.

Siasatan polis mendapati kejadian itu tidak berlaku, malah kawan perempuan yang dimaksudkan itu sebenarnya tiada dalam kawasan sejak beberapa hari lalu. Jadi dengan siapa pula Vikram makan malam? Polis menganggap ia laporan palsu mungkin kerana dia mabuk.

Vikram tetap tidak berpuas hati dan dengan bantuan seorang polis, dia menyiasat sendiri apa sebenarnya yang berlaku.

Sebuah filem crime thriller yang padat dengan aksi.

Mankatha

Jika anda peminat Ajith Kumar, maka filem ini waijib anda tonton, Mankatha salah satu filem terbaik kariernya.

Ajith Kumar seorang pegawai polis korup yang digantung kerana membiarkan salah seorang penjenayah terlepas dan dia juga mempunyai pelbagai tabiat buruk lain.

Empat sekawan merancang untuk merompak wang pertaruhan kriket dan Ajith Kumar menyertai kumpulan itu sebagai orang kelima dan seterusnya mereka menjadi buruan jabatan polis diketuai action king Arjun.

Plot twist : Yes

Papanasam

Mengisahkan mengenai bagaimana Kamal Hassan, lelaki kelas pertengahan yang tidak berpendidikan tinggi merancang dengan cukup bijak serta mengambil pelbagai risiko untuk melindungi anak perempuan dan keluarganya daripada tindakan undang-undang selepas mereka disyaki terlibat dalam kehilangan anak kepada ketua polis.

Dapatkah Kamalhassan dan keluarganya selamanya melarikan diri, atau akhirnya tertangkap. Saksikan filem penuh suspen ini.

Papanasam juga memberi kita mesej, berbuat baik kepada orang dan orang akan berbuat baik kepada kita.

Snegithiye

https://www.youtube.com/watch?v=Z9E2c4flKj0

Snegithiye adalah filem penyiasatan pembunuhan misteri pada malam persembahan di kolej.

Jyothika dan seorang rakannya menjadi suspek utama dan terpaksa melarikan diri dari buruan polis. Tatkala setiap bukti yang menunjukkan mereka tidak bersalah satu persatu terhapus, mereka semakin hilang arah.

Dapatkah dua gadis polos itu membuktikan mereka tidak terlibat, dan siapakah pembunuh sebenar yang sedang memerangkap mereka?

KO

https://www.youtube.com/watch?v=39BsLplwZwI

Kisah tentang bagaimana Jeeva, seorang photo-journalist membantu seorang graduan yang juga jurutera beraspirasi tinggi mahu memajukan negara mencapai impian menjadi ketua menteri.

Pelbagai rintangan ditempuhi termasuklah kehilangan kawan baik, namun plot-twist filem ini sangatlah mengejutkan.

Filem KO memenangi Anugerah Filem Terbaik 2011.

Iravuku Ayiram Kangal

Iravuku Aayiram Kangal 20 filem 'crime thriller' mesti tonton

Filem mengenai beberapa individu disyaki terlibat dalam satu kejadian pembunuhan.

Filem penuh misteri membuatkan anda akan tertanya-tanya sehingga ke akhir siapakah pembunuh sebenar.

Kredit foto : IndiaGlitz, Google

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.