4 pemain import belum sampai, Maxsius dan Thanabalan pula alami kecederaan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sabah FC nampaknya mungkin menyepak mula saingan Liga Malaysia 2021 dalam keadaan serba kekurangan.

Bukan sahaja mengharungi persiapan pra-musim yang tidak sempurna berikutan tidak dapat menguji empat pemain import yang belum kunjung tiba, Sabah FC juga nampaknya terpaksa melupakan khidmat dua pemain tonggak Azwan Abdul Fatah dan Maxsius Musa, serta penyerang baru N.Thanabalan bagi aksi sulung Liga Super menentang Melaka United pada Sabtu ini, kerana kecederaan.

Berita berkaitan : Verdon Bahanda kesal sikap tidak profesional dan atitud Rozaimi, anggap dia tidak layak sarung jersi Sabah FC

Pengendali pasukan, Kurniawan Dwi Yulianto tidak pasti bila empat import baru iaitu Levy Clement Madinda (Gabon); Risto Mitrevski (Macedonia); Sam Garyahzon Johnson (Liberia) dan Saddil Ramdani (Indonesia) akan bersama pasukan, walaupun dia menjangkakan mereka akan tiba pada minggu ini.

“Maxsius dan Mohd Azwan masih dalam proses pemulihan dan kita akan lihat nanti perkembangannya macam mana kerana kita tidak mahu memaksa mereka.

“Sekiranya pemain-pemain yang cedera ini belum pulih sepenuhnya, mereka tidak dapat memberikan aksi seratus peratus dan kita juga tidak mahu mengambil risiko membahayakan keselamatan mereka.

“Jadi, kita akan menggunakan sebaik mungkin pemain yang ada, dan syukur persiapan kami berjalan lancar, kami sudah masuk ke latihan taktikal untuk menghadapi dua perlawanan di tempat lawan iaitu Melaka United dan kemudiannya Kedah,” kata Kurniawan.

Thanabalan sememangnya diketahui pemain injury prone yang bergelut dengan kecederaan sejak tahun 2018 dan kem Sabah FC pastinya berharap situasi pemain itu tidak terlalu serius.

Pasukan Sabah FC telah mengharungi dua perlawanan persahabatan pra musim dan boleh dikatakan tampak goyah tanpa pemain import apabila sekadar seri 1-1 menentang pasukan Liga Premier sebelum kemudiannya tewas 1-4 kepada KL United.

Bagi musim baru ini, Sabah FC tidak membuat rombakan besar apabila mengekalkan sebahagian besar pemain dari musim lalu dengan hanya Bobby Gonzales, Amri Yahyah dan Thanabalan merupakan wajah baru tempatan.

Kurniawan sebelum ini ada memberitahu sasaran relevan untuk pasukannya adalah memperbaiki pencapaian menduduki tangga kesepuluh Liga Super musim lalu.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.