5 Pemain Berbangsa Cina Terbaik Pilihan Azman Adnan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bolasepak Malaysia sekitar dua atau tiga dekad lalu diwarnai dengan kelibat begitu ramai pemain berbangsa cina berkualiti yang bukan sahaja menyarung jersi pasukan negeri tetapi juga skuad kebangsaan.

Tahun 90-an khususnya kita ada nama-nama hebat seperti Yap Wai Loon, Tan Cheng Hoe (kini pengendali Harimau Malaya), Ong Kim Swee, Lim Chan Yew, Chan Kok Heng, Chan Wing Hoong, Chee Wan Hoe dan ramai lagi.

Senario sama bagaimanapun tidak lagi dapat kita saksikan pada hari ini, perkara yang sebenarnya turut pernah mendapat perhatian Persatuan Bolasepak Malaysia.

Bekas penyerang kebangsaan, Azman Adnan menyenaraikan lima pemain berbangsa cina yang disifatkan terbaik pernah beraksi bersamanya, dalam channel youtube The Azman Adnan miliknya.

Baca juga : 6 Pemain Berbangsa India Terbaik Pilihan Azman Adnan

#5 Lim Teong Kim

“Pemain yang sangat berdisiplin, penampilan dia cukup profesional. Kekuatan Lim Teong Kim, dengan fizikal dia yang tough, agresif dan kesungguhan dia, orang cakap kalau turun padang, dia akan beri yang terbaik.

“Dia akan bermain bermati-matian, dalam masa sama training pun dia turun awal, dengan saya. Masa tu, saya pun masih baru, baru nak mencipta nama, jadi saya ikut. Malah dia juga selalu bawa saya ke rumah dia untuk berehat kerana habis training ambil masa nak balik rumah, kena naik dua bas. Itulah Lim Teong Kim, disiplin dia memang amat tinggi.

#4 Chow Siew Yai

“Dia ni kalau orang tengok muka pun gerun, dalam masa sama sebenarnya dia kelakar tapi bila dia turun dalam latihan atau game, memang berdisiplin. Dalam padang bersungguh-sungguh. Nak tackle, dia tackle takde control-control walaupun dalam latihan.

Itu kekuatan Chow Siew Yai dan dia memang pandai baca permainan pemain lawan. Bukan senang nak lepas dia, saya banyak belajar dari pemain-pemain lama. Dulu kita bergaul dengan pemain berpengalaman, dan cepat matang.”

#3 Lee Kin Hong

“Dengan ketinggian dia ada, memang sukar nak tembusi dia. Dia seorang pemain yang gifted, berbeza daripada pemain sekarang. Kenapa saya pilih Lee Kin Hong, kerana ketika dia dengan Kedah, saya selalu bertembung dengan dia. Di Kedah masa tu ada Lee Kin Hong dan Olenbumi Adigun, salah seorang akan ikut saya.

Bayangkan kalau dua-dua ikut saya, berkicap la saya. Kalau saya lari kiri kena hadap Adigun, kalau kanan hadap Kin Hong, bukan senang nak hadap dia. Bertemu Kedah jer, saya dah pening, ada dua defender kena hadap ni.”

#2 Yap Wai Loon (No.18 dalam gambar)

“Yap Wai Loon sama dengan saya, dia dengan saya setiap kali training akan turun awal. Dulu punya player kalau training pukul 5 petang, pukul 4.30 dah turun. Yap Wai Loon selain berdisiplin, dalam masa sama dia mengajar saya.

Kadang kalau coach Mat Salleh bagitahu, saya tak faham. Saya akan tanya dia, dia membantu saya dan dia juga melakukan ekstra training, dan sebenarnya semua pemain saya sebutkan tadi, semua buat latihan ekstra, ini kelebihan pemain dulu. Kita tak tunggu latihan start.

Yap Wai Loon ni fizikal dia tak besar, tapi muscle dia memang tegap. Dengan rambut terpacak, itu memang trademark dia. Dia suka buat penetration ball, itu kelebihan dia. Main dengan dia, saya dah tahu cara dia, dia tengok, dia akan penetrate bola. Susah nak cari sekarang ni pemain berbangsa cina yang betul-betul bagus. Dulu boleh dapat terlalu ramai.

#1 Moey Kok Hong

“Moey Kok Hong kelebihan dia boleh menjaringkan gol, boleh cipta peluang, boleh jadi pertahanan (versatile). Masa kat Penang, saya jadi kapten, saya bagi dekat dia, saya cakap saya tak boleh jadi kapten. Dia menolak, dia bagi dekat saya balik. Tiga empat kali tolak menolak ni. Saya masa tu respek dia sebagai orang lama walaupun sama baya, tapi dia menolak.

Satu lagi Moey Kok Hong ni ada kemelayuan sikit, senang bergaul, sopan santun, senang untuk kita bagi arahan. Kalau atas padang saya bagi arahan dia senang ikut. Dia takde nak melawan, dan sentiasa membantu saya. Terlebih bantu pun ada, ada satu perlawanan, saya bergaduh dalam padang, ingat dia datang nak lerai tapi dia datang join sekali. Last-last saya kena kad merah, dia kena kad kuning.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.