6 pemain berbangsa india terbaik pilihan Azman Adnan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Arena bolasepak tanah air telah menyaksikan terlalu ramai kelibat pemain berbangsa india yang berkualiti dan perlu diakui mereka mempunyai tempat tersendiri di hati penyokong.

Era 90-an khususnya lambakkan nama yang menjadi siulan peminat, dan bekas penyerang kebangsaan, Azman Adnan menyenaraikan enam pemain berbangsa india yang sangat dikaguminya dan disifatkan antara yang terbaik pernah mewarnai Liga Malaysia.

#6 B.Rajnikandh (Muhammad Rajnikandh)

“Saya pernah bermain dengan dia di Selangor dan Negeri Sembilan, bagi saya dia seorang yang sangat tenang sama ada di dalam mahupun luar padang, sentiasa nampak rileks dan cool. Tidak banyak bercakap dan sentiasa mengikut arahan jurulatih.

“Kelebihan dia, dia boleh baca gerakan penyerang dengan begitu baik, setakat penyerang biasa memang susah nak lepas kerana dia ada ketinggian dan keyakinan dia memang cukup tinggi. Apabila dia dapat bola, dia boleh kawal, dribble, dan bawak bola sampai ke tengah baru buat clearance. Tandukan dia pun memang terbaik.”

#5 K.Gunalan

“Semua pada era itu pastinya kenal K.Gunalan, tunjang pertahanan Selangor. Dia seorang yang bijak, keras dan berkarakter. Dia tahu macam mana teknik nak tackle bola cara betul, mahupun cara ‘kotor’.

“Saya dengan dia memang cukup rapat, di atas padang komunikasi antara kami sentiasa ada. Kalau K.Gunalan ada, saya yakin barisan pertahanan lebih tenang dan tersusun, saya cuma bersedia dekat atas. Kalau bola hantaran lintang, memang dia akan pergi (challenge) sebab dia mempunyai fizikal yang bagus.”

#4 K.Kannan

“Dia adalah senior saya dalam pasukan Kuala Lumpur, salah seorang daripada tiga serangkai Singapura selain Fandi Ahmad dan Malek Awab. Kannan ni fizikalnya tak tinggi, tak besar, saiz secukup rasa tapi dia punya lenggok, dribbling, shooting memang padu.

“Ketika itu, bila saya lihat pemain senior lakukan sesuatu teknik, saya cuba mencuri (tiru), saya belajar dari pemain lama bagaimana teknik shooting, skill, macam mana dia buat turn dan skor gol, itulah kelebihan K.Kannan. Bila dalam d-box memang bahayalah, dia akan skor gol.

“Saya banggalah dapat bermain dengan K.Kannan dan belajar. Dia seorang yang begitu terkenal dan ada pengikut tersendiri, kalau main bola petang, ramai nak main macam dia.”

#3 K.Paul Raj

“Bagi saya Paul Raj ni ibarat Ryan Giggs Malaysia, kaki kiri dia memang padu dan dia seorang yang skillfull. Kecederaan bataskan dia untuk pergi lebih jauh. Dia boleh dribbling, shooting, crossing dengan bagus, teknik dia, memang saya suka dia, yang penting setiap jumaat pagi dia tak datang training (tergelak).

“Dia seorang pemain yang gifted berkemahiran tinggi, kalau dah cakap Ryan Giggs tu memang dia seorang yang cukup baiklah kan. Susah nak jumpa pemain yang macam dia pada hari ini.”

#2 V.Murugan

“Penjaga gol terbaik dan berdisiplin, Kami bermain bersama di KL. Pendiam di luar padang, cukup lembut tapi agresif di dalam padang.

“Dia tak tinggi tapi kelebihan dia adalah keberanian untuk hadapi 1 lawan 1, dia berani buat keputusan sama ada mahu keluar ke depan atau berdiri di dalam kawasan gol. Dia tak takut.”

#1 K.Sanbagamaran

“Nama Sanbagamaran adalah cukup terkenal dalam kalangan penyokong Selangor, seorang yang mempunyai endurance atau tenaga yang tinggi. Dia boleh berlari naik turun naik turun, saya tengok dia ni tak reti penat ke, sampai saya pulak yang jadi penat.

“Dia bermain di bahagian pertahanan, dia bermain di tengah, penyerang tu tak lah sebab saya ada kat situ. Jadi siapa yang pernah tengok Sanbagamaran main, akan akuilah dia ni memang mempunyai endurance tinggi. Memang cantiklah, itu sebab dia adalah pemain tunjang utama di bahagian tengah Selangor ketika itu.”

https://www.youtube.com/watch?v=HzGMHSTnKtQ

Sumber : The Azman Adnan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.