8 Pasukan Tampil Rebut Piala Sultan Pahang 2022

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Lapan pasukan bolasepak sosial akan turun berentap merebut edisi sulung Piala Sultan Pahang yang dijadual berlangsung dari 1 hingga 3 September depan.

Kejohanan berformat kalah mati itu dianjurkan bersempena memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang, Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis Pelancaran dan Cabutan Undi Kejohanan telah disempurnakan Pemangku Raja Pahang, KDYMM Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dalam satu majlis ringkas di Tasek, Kotasas, pada Sabtu lalu.

Pasukan-pasukan yang terlibat adalah empat pasukan dari Pahang iaitu Alam Mahkota, FC Jerantut, Semantan Troopers dan Yayasan Pahang Maintenance; serta Cyberjaya Teleflow (Selangor), KRU FC (WP Kuala Lumpur), FC Kerteh (Terengganu) dan Pasir Pekan FC (Kelantan).

Venue-venue yang terlibat pula adalah Padang Sintetik MBK dan Padang MBK 2 di Kuantan; Padang MDP di Pekan; Stadium Tun Abdul Razak di Jengka sementara perlawanan akhir pula berlangsung di Stadium Darul Makmur.

Perlawanan boleh disaksikan secara live-streaming menerusi kerjasama rakan penyiar, Balrz.Tv.
Piala Sultan Pahang adalah yang pertama seumpamanya untuk memperkasa budaya sukan di dalam komuniti dan mempromosikan gaya hidup sihat melalui bolasepak.

Menurut kenyataan oleh penganjur, kejohanan ini juga dilihat menjadi wadah untuk membina, mengukuh dan mengekalkan hubungan baik antara Sultan Pahang dan rakyat melalui bolasepak sosial.

Dalam masa sama, komitmen daripada agensi dan rakan kongsi tempatan diyakini akan melonjakkan lagi nilai komersial bolasepak di Pahang, seterusnya memperkenalkan pelancongan sukan di daerah-daerah berbeza di Pahang.

Undian PSP 2022 :

Semantan Troopers vs Kerteh FC
FC Jerantut vs Teleflow Cyberjaya
Pasir Pekan vs Yayasan Pahang Maintenance
Alam Mahkota vs KRU FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.