Abang Jalal sempoi, muka ganas tapi tak reti marah orang

KUANTAN 03 January 2014. (BICARA ORG RUMAH) Pemain Pahang, Jalaluddin Jaafar (kanan) dan isteri, Hazaifa Hazizan meluangkan masa bersama anak mereka. STR/Mohd Rafi Mamat.
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Jika ada seorang pemain yang boleh diangkat sebagai pemangkin kekuatan Pahang ketika era kebangkitan mereka sekitar tahun 2012 – 2015 dari kaca mata Azamuddin Akil, ianya adalah Jalaluddin Jaafar.

Azamuddin menyifatkan Jalaluddin atau mesra disapa Abang Jalal sebagai pemain paling tenang pernah ditemuinya sambil mengakui pemain itu sebagai tonik utama di sebalik kecemerlangan skuad Tok Gajah muncul naib juara Liga Premier 2012 untuk kembali beraksi di pentas Liga Super.

Menurutnya, Abang Jalal yang bertindak sebagai kapten pasukan ketika itu merupakan sumber inspirasi kepada pemain-pemain muda dalam pasukan.

“Abang Jalal ini kalau kita berapa tidak kenal, dia memang nampak pendiam dan tidak banyak cakap tetapi hakikatnya dia seorang kelakar sebenarnya jika kita rapat.

“Kenangan bersamanya semasa bersama-sama menaikkan kembali Pahang (selepas tersingkir 2011 dari Liga Super) dengan majoriti pemain muda kekal sebagai memori paling manis dalam kerjaya.

“Dia tidak pernah marah kepada rakan sepasukan jika ada buat kesilapan di dalam padang namun sebaliknya dia akan berikan tips atau nasihat serta cuba berikan motivasi terutama kepada pemain muda, dia bukan seorang yang pemarah.

“Abang Jalal memang seorang yang tenang dan kehadirannya cukup berpengaruh kepada Pahang pada waktu itu malah antara pertahanan kanan terbaik yang saya kenal,” kata Azamuddin atau Alex yang menyarung jersi Pahang  selama 6 musim dari 2010 – 2015.

Sepanjang karier hampir 20 tahun sebagai pemain profesional dari 1997 hingga 2015, 18 tahun dia menyarung jersi Pahang dan hanya pada musim 2009 sahaja beraksi dengan pasukan lain iaitu Shahzan Muda.

BESAR PENGARUH SAFIQ RAHIM

Azamuddin menyenaraikan Jalaluddin dalam Best XI Liga Malaysia pilihannya bersama-sama Farizal Marlias (penjaga gol); Rosdi Talib, Aidil Zafuan dan Razman Roslan (pertahanan); Gopi Rizqi, Safiq Rahim, Nor Azam Azih dan Safawi Rasid (tengah) manakala jentera serangan diterajui gandingan Dickson Nwakaeme dan Matias Conti.

Mengenai Safiq, ini komen Azamuddin.

“Saya pernah bersama Safiq di JDT (Johor Darul Ta’zim) selain di pasukan kebangsaan dan apa yang saya boleh katakan dia memang seorang pemain semulajadi di bahagian tengah.

“Tanpanya, memang susah untuk pasukan menguasai bahagian tengah dan kehadiran Safiq cukup penting kerana dia seorang perancang yang hebat,” katanya yang kini bermain bersama Kedah.

Foto kredit : Berita Harian Online

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.