Abu Bakar Yakubu Terpaksa Direhatkan Lagi

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sri Pahang FC berkemungkinan besar akan turun dalam aksi berikutnya menentang PJ City FC tanpa kelibat pemain pertahanan import Abu Bakar Yakubu.

Ketua jurulatih Sri Pahang, Dollah Salleh memberitahu pemain itu belum pulih daripada kecederaan buku lali yang dialami ketika menentang Melaka United pada 25 Julai lalu.

“Saya ada tanya dia masih sakit atau tidak dan boleh nampak macam dia masih sakit, jadi mungkin kita perlu rehatkan dia lagi, tapi ia tidak la serius sangat”, jelas Dollah Salleh.

Dalam pada itu, Dollah Salleh berharap gandingan penyerang, Abdul Malik Mat Arif dan Manuel Hidalgo akan terus memberi impak selepas menunjukkan aksi cemerlang dalam dua perlawanan lalu.

Dollah tidak menolak dua pemain tersebut menjadi nadi utama kepada pasukan untuk memberi kekuatan dalam meledak jaringan sepertimana yang dilakukan dalam aksi berdepan Melaka United FC dan Sabah FC tempoh hari.

Keberkesanan gandingan mereka ditagih Dollah Salleh dalam usaha Sri Pahang meraih tiga mata selain mengharapkan kesemua pemain mengelak kesilapan pada minit akhir yang boleh membawa kepada kekalahan atau keputusan seri.

“Kalau nak bercakap pasal prestasi, mereka semakin mantap cuma macam biasa kita sentiasa cuai dan leka pada minit-minit akhir.

“Bahkan, saya berpuas hati dengan apa yang telah ditonjolkan mereka dalam dua perlawanan sebelum ini, cuma kelekaan itu yang membuatkan kita seri.

“Kali ini, saya harap mereka dapat kekalkan prestasi terutamanya gandingan di hadapan iaitu Malik dan Hidalgo kerana kalau kita tengok aksi sebelum ini, pergerakan daripada mereka di depan menghidupkan pasukan.

“Jadi sudah berapa perlawanan mereka bersama, dan saya percaya kedua-dua pemain ini akan dapat beri lebih lagi untuk menewaskan PJ City,” katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.