“Ada banyak peningkatan dan perkara positif dari kekalahan kepada Bahrain”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe melihat banyak perkara positif dari kekalahan pasukannya kepada Bahrain dalam aksi persahabatan pada awal pagi Sabtu.

Meskipun barisan pemain Harimau Malaya tidak dapat menyerlahkan prestasi terbaik sepertimana diharapkan, malah menghadiahkan pula dua gol mudah kepada lawan, Tan Cheng Hoe berpendapat secara keseluruhannya mereka bermain lebih baik berbanding ketika tewas 1-4 kepada Kuwait pada Ahad lalu.

“Dua gol yang kita lepaskan adalah daripada kesilapan individu tetapi dari segi kerjasama sebagai satu pasukan, kita nampak ada peningkatan yang terbaik. Separuh masa pertama kita ada satu dua peluang yang tak dapat kita sudahkan, itu sedikit sebanyak menjejaskan konfiden pasukan.

“Gol penalti dan kesilapan individu menyebabkan perjalanan kita dalam perlawanan agak terganggu, dengan kemasukan beberapa pemain saya harap kita boleh bersedia untuk menentang UAE, tapi kita kena bekerja keras sebagai satu pasukan dan kita perlu fokus pada setiap masa dan saat.

“Macam transition di serangan pun kita kena jaga-jaga dengan serangan balas pantas pihak lawan, setiap pemain perlu sentiasa peka akan kelemahan apabila kita diserang, untuk mengawal tempo.

“Ada masa beberapa hari lagi, saya rasa kita boleh memperbaiki [untuk berdepan UAE]. Perkara positif adalah kita dapat lihat ada banyak kombinasi di serangan, bila hilang bola pun kita bermain sebagai satu pasukan dan mampu mencipta serangan daripada kombinasi mencipta jaringan gol yang baik.

“Saya yakin pemain tahu kelemahan setiap individu, dan kita akan memperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya selepas perlawanan.

Tan Cheng Hoe juga mengharapkan pemainnya lebih bijak mengawal emosi, merujuk kepada insiden layangan kad merah kepada Safawi Rasid berikutan pemain itu menunjukkan protes terhadap pengadil dengan membaling botol di luar padang.

Berita berkaitan : “Bukan saya yang kena kad merah” – Liridon Krasniqi

“Kita berharaplah agar pemain-pemain dapat mengawal emosi kerana kita tahu bukan mudah apabila bermain di tempat lawan. Dan disebabkan gol-gol tersebut, kita menjadi agak emosi. Tetapi, itulah sebahagian dalam bola sepak.

“Kita kena kawal emosi kita supaya kita tidak hilang fokus dalam perlawanan. Apabila tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, kita tetap kena mengawal emosi kita,” ujar Cheng Hoe.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.