Ada tak doa untuk sotong timbul cepat, nazak dah ni!

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Liga Malaysia bakal bersambung semula pada 26 Ogos depan.

Semua pasukan sudahpun turun menjalani latihan, termasuklah pasukan yang lima bulan tidak membayar gaji.

Yang menyedihkan, di sebalik lima bulan tidak mendapat gaji, pemain pasukan itu masih komited memberikan 100 peratus dalam sesi latihan sambil mengharapkan kemelut segera diselesaikan oleh pengurusan persatuan itu yang baru sahaja mendapat ‘kepala’ baru.

Pemain pertahanan pasukan itu dari Singapura membuat luahan di instastory peribadinya, “Ada tak doa untuk sotong timbul cepat? nazakk dah ni! Peeeningggg aii.”

Manakala seorang lagi pemain pertahanan import dari Brazil menulis, “ter fè è saber que apesar de todos os desvios e atrasos chegaremos ao lugar onde deus tem nossa felicidade” bermaksud “letakkan kepercayaan segala rintangan dan kesukaran yang ditempuhi ini akan berakhir dengan kegembiraan.”

Renan Alves tunggakan gaji Ada tak doa untuk sotong timbul cepat, nazak dah ni!

Penjaga gol utama pasukan itu pula menulis, “nak raya dah aiii, bayang pun tak nampak lagi” manakala seorang lagi penjaga gol berkata “Apa ke gila lima bulan takde berita ni, yang baru masuk untuk penuh tempat kosong jer?”

Shahril tunggakan gaji Ada tak doa untuk sotong timbul cepat, nazak dah ni!

Penyerang utama pasukan itu yang juga penjaring terbanyak Liga Super 2019 pula meluahkan, “Ianya saat yang sangat-sangat sukar. Tiada siapa perlu berdepan situasi seperti ini. Memberikan 100 peratus dan tidak mendapat apa-apa, berapa bulan lagi nak tunggu.”

Kpah Sherman tunggakan gaji Ada tak doa untuk sotong timbul cepat, nazak dah ni!

PERNAH DITEGUR TMJ

Kemelut melanda pasukan tersebut mula mendapat perhatian ramai sejak April lalu apabila pemilik Johor Darul Takzim Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim membuat teguran terbuka supaya pasukan itu menyelesaikan terlebih dahulu tunggakan gaji sebelum memikirkan mengenai pemotongan gaji disebabkan penangguhan Liga Malaysia.

Malah beliau menyelar tindakan persatuan itu yang menjadikan Covid-19 sebagai alasan tiada duit.

“Saya bersuara sebagai penaung Diraja PFAM (Persatuan Bolasepak Pemain Profesional Malaysia). Saya bersuara demi pemain yang berhempas pulas setiap tahun untuk bola sepak negara dan penyokong bola sepak tempatan,” kata Tunku Ismail ketika itu.

Mereka kemudiannya berjanji semua tunggakan akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mei lalu, namun sekadar janji manis ‘orang politik’.

Dua bulan sudah berlalu sejak Aidilfitri dan sehingga kini tiada sebarang khabar berita melainkan diminta untuk terus bersabar dan menunggu.

Jangan salahkan pemain jika mereka tidak memberi bermain dengan sepenuh hati apabila liga bersambung nanti.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.