Ahmad Faizal Dihentam Kiri Kanan Kerana Salahkan Penyokong Bersorak Punca Kalah

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bahawa sorakan penyokong adalah punca pemain hilang fokus dan mengalami kekalahan di tangan Bahrain baru-baru ini, mengundang kecaman ‘kiri-kanan’ dan disifatkan sebagai kenyataan dangkal.

Pada ketika lebih 60,000 penyokong hadir membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tanda sokongan kepada Harimau Malaya yang dalam misi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023, Ahmad Faizal pula membuat kenyataan yang dilihat langsung tidak matang.

“Seingat saya, sejurus jaringan pertama pada aksi itu, kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula, akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.

“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus sekali gus menyebabkan skuad kita terlepas peluang menjaringkan gol. Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton pun menyumbang kepada larinya fokus pemain.

“Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun yang mana orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun akan hilang sedikit,” ujar Ahmad Faizal.

Salah seorang penyokong, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, berpendapat kenyataan itu bukan sahaja tidak wajar tetapi menampakkan dengan jelas bahawa Ahmad Faizal adalah boneka yang tidak faham bolasepak.

“Kenapa penyokong perlu dipersalahkan? Kami hadir memberikan sokongan dan penyokong Ultras Malaya berjam-jam bersorak dan menyanyikan lagu semangat agar pemain terus mengekalkan rentak permainan sehingga tamat perlawanan.

“Awak duduk di bangku VVIP pun bersorak juga. Kenapa nak salahkan penyokong lain? Kalau tidak tahu membuat kenyataan, baik diam,” ujarnya.

Muqharabbin turut memuji sikap semua penyokong yang hadir pada malam tersebut kerana walaupun hujan lebat dan meletakkan kenderaan hampir dua kilometer dari stadium, mereka tetap hadir memberikan sokongan padu dalam keadaan basah kuyup.

“Lagi-lagi ekor Harimau Malaya iaitu Ultra Malaya yang hadir seawal 5 petang mempersiapkan segala gendang perang agar dapat meningkatkan semangat pemain bola sepak negara.

“Apapun, pujian harus kita berikan kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya memberikan aksi terbaik walaupun keadaan padang yang basah. “Banyak peningkatan yang dapat dilihat dan kita harus sama-sama doakan agar perlawanan menentang Bangladesh nanti, kita menang besar,” katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.