Aidil Shahrin tidak tuju kenyataan kepada MFL

Aidil Shahrin jurulatih KDAFC
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali Kedah Aidil Shahrin Sahak menjelaskan bahawa luahan kekecewaan di intagram peribadinya berhubung pertukaran venue perlawanan menentang Melaka United tidak ditujukan kepada badan pengelola Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL).

Menurut Aidil Shahrin kepada Labola Malaya, “Ramai yang fikir saya bidas MFL kerana tukar venue, tidak, saya kecewa kerana kita adalah satu-satunya pasukan bermain lima perlawanan berturut-turut luar dari tempat sendiri.

“Saya bersimpati dengan pemain, mengharungi perjalanan yang memenatkan untuk setiap perlawanan tetapi mereka kekal komited.

“Saya berpendapat pertukaran venue tidak perlu dicadangkan kerana kes Covid-19 di Kedah bukan kes awam, tetapi kes dalam penjara dan pertukaran venue saat akhir menganggu persiapan pasukan. Saya menghormati keputusan MFL tetapi kecewa dengan situasi yang perlu kami harungi.”

MFL pada Sabtu mengumumkan perlawanan antara Kedah dan Melaka United yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Aman pada Ahad (4 Oktober) dipinda ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 5 Oktober (Isnin).

Ia akan menjadi aksi keempat berturut-turut mereka di tempat lawan bermula dengan perlawanan menentang Felda United (Jengka); Sabah (Kuala Lumpur, sepatutnya Darul Aman); dan Pahang (Kuantan). Selepas menentang Melaka United di Kuala Lumpur mereka akan bertandang pula ke Ipoh untuk aksi terakhir liga menentang Perak.

Kedah yang menduduki tangga ketiga ketika ini masih berpeluang untuk memburu kedudukan dua teratas Liga Super 2020, seterusnya mara ke Piala AFC, dengan syarat perlu memenangi kedua-dua baki perlawanan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.