Aidil Sharin

Aidil Sharin Sedih Rekod Buruk Tempat Lawan Berterusan, Nak Buat Macam Mana Lagi?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali Kedah Darul Aman, Aidil Sharin Sahak mengakui sedih dengan rekod buruk pasukannya di tempat lawan musim ini.

Terbaru Kedah tewas 0-2 kepada Sri Pahang di Stadium Darulmakmur, menyaksikan mereka tewas kali keempat berturut-turut di tempat lawan, secara keseluruhannya kekalahan keenam di luar Darul Aman dalam semua pertandingan.

Rekod buruk ini juga menyaksikan pasukan yang membawa cabaran negara di Piala AFC zon ASEAN itu menduduki tangga keenam walaupun pada awal musim dianggap sebagai pencabar kejuaraan.

Dari raut wajah pengendali itu ketika sidang media, jelas sukar untuk dia mengukir senyuman walaupun secara paksa, malah dia kelihatan seperti sedikit tertekan memikirkan bagaimana mahu memulihkan semula prestasi pasukannya.

“Memang ini bukan keputusan kita harapkan selepas kekalahan di tangan KL City tempoh hari, tapi segalanya menjadi sukar apabila kita bermain tanpa pemain utama dalam masa sama tidak dapat menyudahkan peluang yang dicipta terutama di separuh masa kedua,” katanya selepas perlawanan.

Dalam aksi tersebut, Steven Rodriguez menjadi wira Sri Pahang apabila meledak dua jaringan – gol pertama menerusi sepakan lob menewaskan Ifwat Akmal manakala gol kedua pula merembat masuk dari dalam kotak penalti, setelah Ifwat terdahulu menyelamatkan percubaan Manuel Hidalgo.

Kedah selepas ini akan bertemu kelab Indonesia, PSM Makassar dalam aksi separuh akhir Piala AFC zon ASEAN dan Aidil Sharin berharap empat kekalahan dalam lima perlawanan terakhir tidak menjejaskan fokus pemainnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.