Akhirnya Perak FC Diperkuat Import

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Perak FC pada Rabu sah mengikat tiga import baru bagi memperkuatkan cabaran mereka mengharungi sembilan baki perlawanan saingan Liga Perdana musim ini.

Tiga pemain import baru yang menjadi sandaran skuad The Bos Gaurus ialah Stipe Plazibat dari Croatia, Luciano Guaycochea (Argentina) dan Sunday Kolawole Afolabi (Nigeria).

Pengerusi XOX Berhad, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi bagaimanapun enggan mendedahkan nilai perpindahan tiga pemain itu selain berkata kontrak yang dipersetujui sehingga penghujung 2022 sebelum kemungkinan diperbaharui semula untuk tahun seterusnya.

Abdul Azim berkata, kini matlamat diharapkan adalah bagi menamatkan sembilan perlawanan yang masih berbaki dalam saingan Liga Perdana dengan berjaya tersenarai dalam kelompok lima pasukan terbaik bagi melayakkan Perak FC beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2022.

“Ramai ejen pemain import cuba mendekati kita namun di peringkat pengurusan kita bersama dengan ketua jurulatih Yusri Che Lah buat penapisan mengikut kepada keperluan dan dari situ kita pilih tiga yang terbaik.

“Bermula dengan menguruskan hal berkaitan kewangan dan pentadbiran, kini tiba masanya pihak pengurusan memantap serta menguatkan pasukan Perak FC dengan menandatangani tiga pemain import bagi menghadapi cabaran dalam baki saingan Liga,” kata Abdul Azim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu ditemui ketika majlis pengenalan pemain baru serta menandatangani kontrak mereka di Menara SSI, Jalan Sultan Idris Shah, di sini, hari ini. Hadir sama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin.

Plazibat, 32, bermain di posisi penyerang berpengalaman bermain di Asia Tenggara bersama beberapa kelab di Singapura dan Thailand dengan pasukan terakhirnya adalah Academica Clinceni dari Romania.

Manakala Luciano yang berusia 30 tahun beraksi di posisi attacking midfielder dengan pasukan terakhirnya adalah Oriente Petrolero di Bolivia dan Afolabi yang berusia 22 tahun pula beraksi di posisi tengah, pasukan terakhirnya sebelum ini adalah Puchov di Slovakia.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.