Aksi Cemerlang De Paula dan Sumareh Berjaya Pikat Kim Pan-gon

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kim Pan-gon mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan membawa cabaran pasukan negara di pusingan kelayakan ketiga Piala Asia 2023.

Paling mencuri tumpuan adalah tersenarainya dua pemain naturalisasi, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh walaupun pada awalnya dua pemain itu dijangka menjadi nama pertama yang tersisih.

Namun jelas sekali aksi ‘cemerlang’ ditampilkan dua pemain itu sewaktu aksi persahabatan menentang Brunei dan Hong Kong baru-baru ini sudah cukup untuk menambat hati Kim Pan-gon.

Seorang lagi pemain naturalisasi yang juga raja gelecek Liga India, Liridon Krasniqi pula disisihkan sebagaimana diduga, namun dia bersama-sama empat lagi pemain yang turut digugurkan iaitu Kalamullah Al-Hafiz, Afiq Fazail, Shahrulnizam Ros Hasni dan Kogileswaran Raj berada dalam senarai bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa.

Syahmi Safari pula telah digugurkan lebih awal berikutan masalah kesihatan.

“FAM mengucapkan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan para pemain ini di sepanjang kem latihan pusat sejak 20 Mei lalu. Pemain yang tidak terpilih ini tetap akan berada dalam senarai bersedia sekiranya penggantian pemain perlu dilakukan,” menurut kenyataan oleh FAM.

Malaysia akan membuka kempen kelayakan menentang Turkmenistan pada 8 Jun, disusuli Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh pada 14 Jun dengan kesemua aksi berlangsung di Bukit Jalil.

Senarai 23 pemain Harimau Malaya :

Penjaga gol : Farizal Marlias, Khairul Azhan Khalid, Ahmad Syihan Hazmi

Pertahanan : Shahrul Saad, Corbin Ong, Matthew Davies, Khuzaimi Piee, Dominic Tan, Junior Eldstal, V.Ruventhiran, Dion Cools

Tengah : Syamer Kutty Abba, Nazmi Faiz Mansor, Safiq Rahim, Nor Azam Azih

Sayap : Arif Aiman Hanapi, Mohamadou Sumareh, Faisal Halim, Akhyar Rashid, Safawi Rasid

Penyerang : Darren Lok, Guilherme De Paula, Syafiq Ahmad

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.