Ali Ashfaq, penyerang yang boleh ubah segalanya di atas padang

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Masih ingat lagi dengan kelibat Ali Ashfaq, penyerang dari Maldives yang bermain selama dua musim dengan PDRM FA dan menjadi tunjang utama pasukan itu menjulang kejuaraan Liga Premier pada 2014?

Pemenang kasut emas Liga Premier 2014 itu disifatkan salah seorang penyerang terbaik pernah beraksi di Liga Malaysia oleh pemain sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh yang mengakui sehingga kini masih mengagumi bekas rakan sepasukannya itu.

“Dia seorang penyerang yang boleh ubah segalanya di atas padang dan mampu membantu pasukan dari ambang kekalahan kepada kemenangan.

“Ketika pasukan terikat 0-0 dan baki perlawanan tinggal hanya 10-20 minit, ketika itulah saat-saat kejutan akan berlaku apabila ada kalanya dia mampu menjaringkan beberapa gol dalam situasi tidak diduga.

“Dia seorang yang cukup bijak, licik dan sukar mana-mana pertahanan mengawal pergerakannya malah teknik rembatannya juga mengagumkan kerana banyak kali dapat hasilkan gol dari situasi sukar.

“Kenangan beraksi dengannya di PDRM akan ada jadi antara detik terindah di awal pembabitan saya di Liga Malaysia,” kata Sumareh yang menyenaraikan Ali Ashfaq membarisi barisan depan dalam kesebelasan terbaik Liga Malaysia pilihannya bersama-sama Dickson Nwakaeme dan Safawi Rasid.

Pemain lain yang melengkapkan kesebelasan terbaik Sumareh adalah seperti berikut :

Line Up XI Sumarhe Ali Ashfaq, penyerang yang boleh ubah segalanya di atas padang

Mengenai Dickson yang merupakan rakan sepasukannya sekarang, Sumareh berkata Dickson juga antara penyerang terbaik yang pernah disaksikannya dan mempunyai karakter tersendiri ketika beraksi dengan Pahang.

“Dickson sememangnya kita ketahui mempunyai kekuatan fizikal yang ketara dan boleh memperdayakan semua pemain dalam kotak penalti ketika memegang bola. Dia merupakan penyerang terbaik pernah saya beraksi bersama sepanjang saya di Pahang malah kami mempunyai persefahaman yang cukup baik di atas padang.

“Seorang lagi yang saya tidak mahu lupakan ialah Matthew Davies kerana dia seorang pemain yang cukup rajin dan bekerja keras. Dia cukup seimbang daripada situasi menyerang atau bertahan kerana sentiasa akan naik membantu bahagian hadapan dan cepat turun di barisan pertahanan ketika pasukan diasak,” katanya.

Foto : Asean Football

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.