Annuar Musa Gembira Prestasi KL City Meningkat Sejak Beliau Masuk

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Presiden KL City FC, Tan Sri Annuar Musa gembira melihat prestasi pasukan itu yang semakin meningkat naik sejak beliau masuk, sehingga berjaya layak ke final Piala Malaysoa buat pertama kali selepas 32 tahun.

Beliau tidak menganggap kejayaan tersebut sebagai magis, sebaliknya menyifatkan ia adalah hasil penambahbaikan yang dibuat secara teliti dan berperingkat.

“Sejak saya ambil alih bersama Bojan (Hodak) saya dapat lihat prestasi KL City FC meningkat secara beransur-ansur. Kita buat secara berperingkat dan segalanya diuruskan secara profesional. Saya tak campur soal pengurusan atau syarikat, cuma memberi nasihat berdasarkan pengalaman saya,” katanya dipetik dari Bernama.

KL City akan menentang Johor Darul Takzim dalam aksi final edisi ke 100 Piala Malaysia pada Selasa malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan Annuar Musa meletak keyakinan mereka boleh bergelar juara meskipun turun sebagai bukan pilihan.

“Permainan malam esok (malam ini) satu yang bersejarah dan KL City FC tentu rasa terhormat untuk menjadi pasukan yang beraksi pada ulang tahun ke-100 pertandingan Piala Malaysia.

“Nasihat saya kepada pemain supaya mereka tidak perlu rasa tertekan, mereka perlu tenang dan mengekalkan tempo mereka yang biasa dan saya tahu mereka mempunyai kualiti tersendiri,” tambahnya.

Beliau terdahulu mengadakan sesi amanat dan ramah mesra bersama barisan pemain dan pegawai pasukan di ibu negara pada Isnin.

Sementara itu, Annuar Musa yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan menyeru penyokong kedua-dua pasukan yang hadir menyaksikan perlawanan akhir di stadium dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Baca : Ultras KL Bidas Annuar Musa – Ingat Kami Tiada Tangan Untuk Main Rebana Ubi?

“Ini kali pertama sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) perhimpunan 20,000 orang dalam satu venue dibenarkan. Kalau kita dapat tunjukkan kepatuhan, maka perlawanan dan pertandingan akan datang mungkin boleh dipertimbangkan.

“Jadi saya harap tidak ada berlaku kluster (Covid-19) tercetus kerana final Piala Malaysia,” katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.