Apa Guna Ada VAR Jika Pengadil Tiada Kualiti? -Penganalisis

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia hanya akan menjadi sia-sia dan tidak banyak membantu sekiranya kualiti pengadil masih di tahap yang lemah.

Itu pandangan penganalisis sukan tanah air, Dr Pekan Ramli, sebagai respon kepada pendapat bahawa sudah tiba masa VAR digunakan bagi mengatasi masalah pengadilan cap ayam Liga Malaysia.

Menurutnya VAR hanya akan menjadi satu nilai tambah untuk membantu pengadil mengurangkan kesilapan, tetapi kesilapan akan tetap berlaku jika pengadil tiada kualiti justeru beliau berpendapat lebih baik kualiti pengadilan ditambah baik terlebih dahulu sebelum penggunaan VAR dilaksanakan.

“Bukan semua (pengadil) tak bagus, segelintir sahaja dan dalam mana-mana liga bola sepak di dunia pun berlaku itu. Kalau sekali kesalahan mungkin kesilapan namun kalau ia berulang ia adalah kelemahan.

“Dalam banyak kes, saya nampak ada kelemahan pengadil, jadi lebih baik kita mantapkan pengadil kita dahulu, hebatkan mereka,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.

Pekan Ramli juga berkata kos yang tinggi bagi penyediaan peralatan VAR dan pegawai tambahan akan menyebabkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memperuntukkan bajet besar justeru mengakui hanya pasukan dengan kewangan kukuh seperti Johor Darul Takzim mampu berbelanja untuknya.

Namun menurutnya, untuk peringkat awal, mungkin hanya pasukan seperti JDT yang akan beraksi di pentas tertinggi seperti Liga Juara-Juara yang menggunakannya di venue mereka.

“Saya sangat setuju kalau JDT rasakan ada keperluan untuk VAR disediakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), ini bagus kerana mereka kini mempunyai level (tahap) berbeza dari pasukan lain dan turut beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia. Kita kasihan kepada pasukan yang tak mampu sediakan VAR, kos terlalu tinggi.

“Saya akui VAR untuk kebaikan tetapi apa yang boleh saya katakan, liga kita belum sampai tahap memberi pulangan atau nilai komersial tinggi,” katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.