Apa Yang Uniknya Jaringan Park Tae Su? – Pemerhati

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Jaringan sepakan percuma dilakukan Park Tae Su pada Isnin lalu mungkin dianggap bertaraf dunia dan unik oleh sesetengah pihak, tetapi tidak bagi pemerhati bolasepak Dr Pekan Ramli.

Pada minit ke-20 perlawanan antara Sabah FC dan PJ City, Park Tae Su melakukan sepakan deras dari jarak kira-kira 40 meter yang mengenai palang dan menerjah gawang kawalan Kalamullah Al Hafiz.

Ia menjadi tumpuan ramai malah FIFA dan beberapa media antarabangsa turut memuji jaringan pemain dari Korea Selatan itu.

Jurulatih pasukan, Dato’ Ong Kim Swee turut mengelaskan jaringan itu sebagai bertaraf dunia dan mahu ia dicalonkan ke Anugerah Puskas.

Tetapi menurut Dr Pekan Ramli kepada portal Cakap Sukan, ia hanyalah satu gol cantik tetapi bukannya bertaraf Puskas sepertimana jaringan Faiz Subri lima tahun dulu.

“Saya tak nampak sesuatu yang berbeza, nak kata unik tidaklah dan biasa sahaja kerana ia lebih kepada sepakan padu yang terus menerjah ke sudut yang sukar untuk menghasilkan gol.

“Berbeza dengan jaringan gol oleh Faiz, sepakan yang dilakukannya , bolanya seolah-olah melayang dan memperdayakan penjaga gawang sebelum ia menjunam ke sudut yang sukar, inilah baru boleh dikatakan unik dan berbeza,” ujar Dr Pekan Ramli.

Begitupun Dr Pekan berpendapat tidak menjadi isu jika Persatuan Bolasepak Malaysia mahu mencalonkan gol itu untuk Puskas kerana pada akhirnya pemenang ditentukan melalui undi oleh penyokong.

“Boleh sahaja dicalonkan kerana akhirnya nanti peminat yang akan mengundi, kalau dicalonkan tidak mendapat sokongan tiada gunanya.

“Dalam kes Faiz dulu dia adalah pemain tempatan dan sudah pasti peminat Malaysia akan memberikan undi kerana memang jaringannya itu unik,” katanya.

Sebagai rekod, Faiz Subri mencipta sejarah pada 2016 apabila jaringan sepakan percuma melawan hukum fiziknya ketika pertemuan Pulau Pinang dan Pahang memenangi Anugerah Puskas lantas menjadikannya pemain Asia pertama menerima pengiktirafan itu.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.