Arsenal dikecam, seluruh kelab London bersedih dengan pemecatan Gunnersaurus

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengurusan Arsenal FC dikecam hebat susulan pemecatan maskot kelab, Gunnersaurus, sepertimana diumumkan pada awal pagi Selasa.

Khidmat Jerry Quy yang menyarung maskot dinosaur itu sejak 27 tahun lepas (1993) ditamatkan atas alasan Arsenal mahu mengecilkan kos operasi kelab.

Dengan perkhabaran itu hadir beberapa jam sebelum Arsenal mengumumkan pembelian pemain tengah bertahan Thomas Partey dari Atletico Madrid, keputusan memecat Gunnersaurus ternyata tidak dapat diterima oleh penyokong mereka.

Beberapa bekas pemain seperti Ian Wright dan Paul Merson membidas pengurusan Arsenal dan menyifatkan alasan mahu mengecilkan kos operasi kelab adalah mengarut apa

“Saya tahu Gunnersaurus adalah maskot dengan gaji tertinggi, tapi saya taktahu pula gaji dia mencecah £80,000 seminggu,” sindir Merson.

Ian Wright pula menulis, “Alasan tidak masuk akal, apa yang sudah terjadi, ini sangat mengejutkan. Semoga Jerry akan kembali.”

Legenda England dan Tottenham Hotspurs Gary Lineker pula menulis, “Saya tidak tahu berapa gaji dia sehingga perlu dipecat atas alasan kos, tetapi kenapa tidak pemain dan staff kejurulatihan (Arsenal) menunjukkan sedikit kebaikan dan mencari solusi bersama untuk selamatkan dia?”

Beberapa selebriti terkemuka diketuai penyokong kelab itu sendiri iaitu Piers Morgan pula melancarkan kempen solidariti secara online di ibukota London menggesa Arsenal mempertimbangkan semula pemecatan itu yang dianggap tidak munasabah.

Malah dia meminta pengurus pasukan Mikel Arteta serta penerima gaji tertinggi Pierre Emerick Aubameyang untuk masuk campur menyelamatkan kedudukan Gunnersaurus.

“Kamu tidak akan pergi ke mana-mana Gunnersaurus, kamu adalah legenda dan ikon kelab. Tolonglah (Mikel) Arteta dan Aubameyang, adakah ini cara Arsenal kita,” keluh Morgan.

“Ingatkan bangun pagi akan ada kejutan daripada Arsenal di pasaran perpindahan, rupanya ini kejutan yang mereka berikan. Membayar beberapa dollar untuk Gunnersaurus menjadi satu beban buat pengurusan pada ketika mereka membayar £350,000 kepada Mesut Ozil untuk goyang kaki di rumah,” tulis seorang lagi selebriti Holly Wiloughby.

Tabung atas talian juga dilancarkan dan difahamkan telah berjaya mengumpul £9,000 kira-kira tiga jam selepas dilancarkan.

Selain penyokong the gunners, turut menyatakan rasa simpati adalah seteru London, Chelsea FC yang melupakan seketika sengketa antara kedua-dua pasukan dan mengirimkan pelukan menerusi maskot mereka, Stamford dan Bridget.

Stamford Bridget Arsenal dikecam, seluruh kelab London bersedih dengan pemecatan Gunnersaurus

Manakala Tottenham Hotspurs, sebuah lagi kelab berpangkalan di London, menerusi pengerusinya Daniel Levy turut berminat memancing maskot dinosaur itu ke kelabnya tetapi tidak ada sebarang ulasan lanjut.

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.