Arteta : Arsenal tewas kerana Liverpool bermain bolasepak yang begitu mengagumkan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali Arsenal Mikel Arteta mahu melihat pemainnya kecewa dan sakit hati dengan kekalahan 1-3 yang dialami di tangan Liverpool pada awal pagi Selasa di Anfield.

Jaringan oleh Sadio Mane, Andy Robertson dan Diego Jota menoktahkan permulaan sempurna Arsenal bagi musim baru 2020/2021, dan memastikan skuad The Reds melebarkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri kepada 61 perlawanan.

Alexandre Lacazette sebelum itu meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-25 tetapi dia terlepas dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol dalam situasi satu lawan satu dengan Allison Becker.

Jika penyerang Perancis itu lebih tajam, dia boleh menyelamatkan sekurang-kurangnya satu mata untuk Arsenal, dan kekecewaannya dapat dilihat dengan jelas apabila dia digantikan 15 minit sebelum tamat permainan.

Begitupun Mikel Arteta tidak mahu menyalahkan penyerangnya itu di atas kegagalan itu sebaliknya menegaskan pasukannya tewas kerana Liverpool bolasepak yang cukup mengagumkan.

“Ya dia boleh menjadikan kedudukan 2-2 dan meletakkan kita dalam kedudukan yang lebih selesa untuk memberi tentangan, tapi saya tidak salahkan dia, dia telah bermain dengan baik.

“Dia telah menunjukkan satu permainan yang cukup menakjubkan dan saya gembira dengannya. Dia kecewa apabila dikeluarkan dan ini adalah apa yang saya mahu lihat. Pemain saya perlu rasa geram, marah dan sakit hati apabila kalah.

“Anfield selalunya satu venue yang sukar, Liverpool bermain bolasepak yang sangat mengagumkan, itu adalah realiti dan mereka mendominasi segenap aspek tetapi sepanjang permainan kita telah cuba memberikan satu tentangan sengit kepada mereka.

“Selepas mendahului 1-0, sepatutnya kita mengawal situasi dengan lebih tenang. Tetapi kita melepaskan gol penyamaan terlalu awal.

“Datang ke Anfield kita tidak boleh mencipta banyak peluang, apabila ada peluang kita tidak manfaatkannya.

“Secara positifnya, saya lihat pemain saya ada kegahairahan mahu menang dan inilah karakter dan mindset pasukan ini yang saya suka.

“Mereka pergi ke mana-mana venue dengan keinginan untuk menang dan mereka begitu yakin boleh melakukannya apabila datang ke sini (Anfield), dan untuk sebahagian besar permainan mereka telah berusaha keras,” ujar Mikel Arteta.

Foto : Zimbio

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.