Atletico Madrid tak minat layan Barcelona buat kelakar

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Atletico Madrid sama sekali tidak berminat melayan episod kelakar cuba dibuat Barcelona yang menawarkan Antoine Griezmann untuk ditukar dengan bintang Portugal Joao Felix.

Tawaran tersebut dilabel kelakar kerana nak dijadikan cerita,  Atletico Madrid menjual Griezmann kepada Barcelona pada 2019 untuk membeli Joao Felix dari Benfica.

Barcelona ketika ini terdesak melepaskan beberapa pemain bintang bergaji besar bagi mengimbangi kewangan kelab yang terjejas teruk disebabkan Covid-19 selain membolehkan mereka membiayai kos penyambungan kontrak Lionel Messi.

Griezmann yang merupakan penyerang skuad kebangsaan Perancis berada dalam senarai teratas pemain berprestasi rendah yang menerima gaji tinggi namun mereka berdepan kesukaran untuk mendapatkan pasukan baharu buatnya disebabkan gaji tingginya itu.

Maka dengan itu timbul lah cadangan kelakar mahu menukar Griezmann dengan Joao Felix namun  keinginan Barcelona tidak terhenti di situ kerana mereka juga berminat dengan seorang lagi bintang Atletico, Saul Niguez.

Pemain tengah Sepanyol berusia 26 tahun itu mengakui mahukan cabaran baharu, namun Barcelona perlu bersaing sengit dengan juara Eropah enam kali, Liverpool yang sudah mengorak langkah untuk mendapatkannya.

Selain Griezmann pemain lain yang berada dalam senarai untuk dilepaskan adalah Ousmane Dembele dan Phillipe Coutinho.

Bagaimanapun kecederaan lutut yang dialami Dembele ketika menggalas tugas bersama Perancis dalam Euro 2020 menyukarkan mereka melepaskan pemain itu, namun kelab Catalan itu mungkin menerima perkhabaran gembira daripada Marseille yang sedang mencari penajaan untuk mendapatkan Phillipe Coutinho.

Sementara itu, Barcelona dilaporkan telah mencapai persetujuan bersyarat dengan Lionel Messi bagi memastikan pemain veteran Argentina itu kekal di kelab Catalan untuk tempoh lima tahun lagi, tetapi dengan pengurangan gaji.

“Messi bersetuju mengurangkan gajinya sebanyak 50 peratus. Dia akan menandatangani kontrak lima musim dengan klausa pelepasan sekitar 600 juta Euro (RM2.98 bilion).

“Kini ia bergantung kepada mahkamah untuk menilai perjanjian dan memberikan persetujuan. Apabila ia berlaku (dia) perjanjian akan berjalan secara rasmi,” menurut akhbar sukan yang berpangkalan di Madrid, Marca.

Menurut kandungan surat itu, Messi, yang memacu Barcelona memenangi 10 gelaran La Liga dan empat kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah akan menerima 20 juta Euro (RM99.3 juta) sebagai gaji permulaan musim depan.

Foto ehsan : Zimbio

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.