Aubameyang kena pindah kerana Arsenal tiada cita-cita setinggi kelab Eropah lain

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Presiden Persatuan Bolasepak Gabon (FEGAFOOT) Pierre Alain Mounguengui meminta kapten Arsenal Pierre Emerick Aubameyang agar berpindah ke kelab lain yang lebih bercita-cita tinggi.

Menurutnya, Aubameyang sedang berada pada kemuncak prestasi dan sepatutnya memenangi kejuaraan demi kejuaraan sebagai justifikasi kepada sentuhan hebatnya, dan ia tidak akan menjadi kenyataan jika dia kekal di Arsenal.

“Saya tidak menyatakan bahawa Arsenal tidak bercita-cita tinggi tetapi mereka tidak memiliki cita-cita setinggi pasukan lain di Eropah. Dia belum memenangi apa-apa dan tidak akan memenangi apa-apa jika kekal.

“Nasihat yang saya berikan kepadanya adalah supaya dia kekal meneruskan aksi cemerlangnya untuk memikat kelab yang lebih besar dan bercita-cita. Semua rakyat Gabon melihat Aubameyang mampu pergi ke satu tahap lebih tinggi, di mana dia mampu memenangi kejuaraan besar bersama kelab utama.

“Aubameyang pemain berkelas dunia dan antara penyerang terbaik dunia, jadi untuk Aubameyang atau sesiapa sahaja di Eropah yang belum memenangi gelaran utama, ia adalah kegagalan kolektif,” kata Mounguengui.

Sebagai rekod, Aubameyang pada musim lalu (2018/19) telah memenangi Anugerah Kasut Emas penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 22 gol manakala pada musim ini dia telah menjaringkan 17 gol (tidak termasuk pertandingan lain).

Barcelona dan Inter Milan antara pasukan yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan Aubameyang tetapi pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata beliau mahu mengekalkan Aubameyang dalam apa juga keadaan dan kelab perlu mengadakan perbincangan berhubung tawaran kontrak baharu bersama pemain itu sebelum berakhir hujung musim ini.

Foto : Premier League.com

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.