Kalau di Kelab Lain, Klopp Mungkin Sudah Lama Dipecat

Jurgen Klopp tampak bingung dan sudah tidak tahu lagi bagaimana untuk memulihkan prestasi buruk Liverpool musim ini, yang menyaksikan mereka terkulai di tangga ke-10 carta EPL. Kekalahan 0-3 kepada Wolverhampton Wanderers pada Sabtu dilihat sebagai ‘peringatan terakhir’ buat pengurus berusia 55 tahun dari Jerman itu kerana jika berada di kelab lain, dia mungkin sudah duduk […]
TMJ Pastinya Berbangga Buat Pilihan Tepat Cadang Nama Hamidin 6 Tahun Lalu

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin terus mencipta sejarah apabila terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027. Beliau mengisi satu daripada lima kerusi Ahli Majlis FIFA setelah mendapat 30 undian di Kongres AFC ke-33 yang berlangsung di Manama, Bahrain pada Rabu. Hamidin adalah wakil Malaysia keempat dalam sejarah menganggotai Ahli Majlis […]
Tengku Fahad: Pahang Rangers Ada Kekuatan Untuk Julang Trofi

Walaupun telah kehilangan beberapa tonggak utama, Pahang Rangers tetap berkeyakinan dapat menjadi antara pencabar terkuat Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2023. Empat pemain kebangsaan iaitu Abu Haniffa Hasan, Awalluddin Mat Nawi, Farikh Khabibor Rahman dan Yazid Kamaruzuan serta penjaga gol tinggi lampai Victor Espindola antara yang tidak akan bersama mereka kali ini. Abu Haniffa dan […]
Brendan Gan Kembali Perkuat Harimau Malaya

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengumumkan senarai 25 pemain yang akan membawa cabaran di King’s Cup di Thailand pada 22 dan 25 September depan. Paling mencuri tumpuan dalam senarai yang diumumkan adalah kembalinya pemain tengah berpengaruh, Brendan Gan selepas begitu lama tersisih kerana masalah kesihatan. Kali terakhir dia menyarung jersi Harimau Malaya adalah […]
“Rehat Panjang Rencatkan Momentum” – Dollah Salleh

Ketua jurulatih Sri Pahang, Dato’ Dollah Salleh mengakui momentum dan rentak pasukan sedikit terjejas gara-gara berehat terlalu lama, iaitu selama 20 hari sejak aksi terakhir menentang Terengganu pada 21 Ogos lalu setelah pasukannya tewas 0-2 kepada KL City pada Ahad. Malah beliau juga berpendapat pasukannya tewas dalam aksi ini kerana faktor pengalaman yang jauh memihak […]
“Kami Kecewa Kerana Selalu Kalah, Tak Pernah Menang Gelaran Tapi Kami Tak Putus Asa”

Tiada kejayaan yang datang bergolek dengan mudah, ia hasil kerja keras dan sikap tidak pernah mengalah mahupun berputus asa sepertimana dibuktikan pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik susulan kejayaan memenangi Kejuaraan Dunia pada bulan lalu. Sekadar mengimbau, beregu nombor satu negara itu pada hakikatnya tidak pernah memenangi sebarang gelaran di kejohanan terbuka ataupun kejohanan […]
“Silap Saya Tak Skor Pada Minit Ke-25” – Kipre Tchetche

Penyerang Terengganu, Kipre Tchetche berpendapat keputusan perlawanan akhir Piala FA 2022 mungkin berbeza jika pasukannya tampil lebih tajam di depan gol. Malah dia turut kesal dan menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyempurnakan peluang terhidang satu lawan satu berdepan penjaga gol Farizal Marlias pada minit ke-25 yang berpotensi merubah skrip perlawanan. “Sememangnya sangat sedih kerana apabila […]
Ketiga-tiga Gabriel Arsenal Tidak Dipanggil Perkuatkan Brazil

Brazil membuat kejutan apabila tidak menyenaraikan penyerang Arsenal, Gabriel Jesus dalam senarai 26 pemain untuk aksi persahabatan pra-Piala Dunia pada bulan ini berdepan Ghana dan Tunisia. Ketua jurulatih, Tite sebaliknya menamakan bintang baru Manchester United, Antony; penyerang Liverpool, Roberto Firmino dan Richarlison dari Tottenham Hotspur untuk mengepalai jentera serangan. Dua pemain pertahanan, Gleison Bremer (Juventus) […]
Piala FA : “JDT Pasukan Yang Sentiasa Pandang Ke Depan, Tiada Masa Fikirkan Kekalahan Lalu”

Ketua jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Hector Bidoglio, menjelaskan pemain-pemain sudah tidak mahu mengingati lagi memori kekalahan di pentas Piala Malaysia 2021. Baginya, JDT sudah mengambil pengajaran sepatutnya dalam perlawanan berkenaan dan mereka kini berada di tahap terbaik bagi memperagakan aksi cemerlang di perlawanan akhir Piala FA 2022 pada Sabtu yang akan berlangsung di Stadium […]
Jaja Kisah Sedih Dengan Pakai Baju Harimau, Tayang Pingat Adalah Satu Penghinaan

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sekali lagi tampil menafikan dakwaan bekas atlet para negara, Koh Lee Peng diabaikan kerajaan tanpa sebarang bantuan seperti ditimbulkan pelbagai platform media sosial sejak kebelakangan ini. Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, berkata pihaknya termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan semua agensi kerajaan berkaitan […]
Piya Bantu Pasir Pekan FC Muncul Juara Piala Sultan Pahang 2022

Pasir Pekan FC dari Kelantan muncul juara Kejohanan Piala Sultan Pahang (PSP) 2022 edisi pertama selepas menewaskan Semantan Troopers FC, 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, pada Sabtu. Kemenangan itu hasil jaringan penalti yang disempurnakan oleh Wan Ahmad Shakir Adli Wan Afendi pada minit ke-42 dan jaringan padang bekas kapten berpengaruh skuad The […]
Boss PSG Anggap Pergaduhan Neymar-Mbappe Sengaja Diperbesarkan

Tiada keperluan untuk memperbesarkan pergaduhan yang berlaku di antara Kylian Mbappe dan Neymar. Demikian menurut Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi yang menepis dakwaan bahawa kedua-dua pemain bintangnya itu tidak sebulu. Mengakui dua pemain itu ada berbalah, Nasser menyifatkan pertelingkahan tersebut tidak lebih seperti pertengkaran antara adik-beradik. “Tidak, tidak. Tidak ada masalah sama sekali sepertimana tanggapan […]
8 Pasukan Tampil Rebut Piala Sultan Pahang 2022

Lapan pasukan bolasepak sosial akan turun berentap merebut edisi sulung Piala Sultan Pahang yang dijadual berlangsung dari 1 hingga 3 September depan. Kejohanan berformat kalah mati itu dianjurkan bersempena memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang, Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Majlis Pelancaran dan Cabutan Undi Kejohanan telah disempurnakan Pemangku […]
“Jangan Risau, Nanti Semuanya Akan Selesai” – Posa Majais

Tunggakan gaji beberapa bulan pasukan Sarawak United, akan selesai tidak lama lagi. Itu jaminan diberikan oleh Presiden kelab itu, Datuk Posa Majais. “Peruntukan pembayaran gaji termasuk yang tertunggak berjumlah lebih RM2 juta sudah diluluskan dan barisan pemain akan menerima bayaran mereka kelak. “Kami sedaya upaya menyelesaikan masalah itu, malah ada antara pemain mengambil wang ‘advance’ […]
“Bajet RM10 Juta Setahun Jer, Tapi Juara Piala Malaysia dan ASEAN” – TMJ Puji KL City

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji pencapaian gemilang pasukan KL City yang mencipta sejarah muncul juara Asia Tenggara dengan memenangi final Piala AFC zon ASEAN, pada Rabu. “Bajet 10 juta setahun sahaja. Juara Piala Malaysia, Juara Zon ASEAN Piala AFC. Tahniah KL City FC. Satu kerja yang bagus Stanley Bernard, Bojan […]
“Saya Banyak Lakukan Kesilapan Hari Ini” – Lee Zii Jia Selepas Terciduk di Kejohanan Dunia

Hasrat pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia mencipta sejarah memenangi Kejohanan Badminton Dunia lebur apabila dia terkandas seawal pusingan kedua. Pemain ranking kelima dunia itu tewas setelah bertarung tiga set kepada pemain muda meningkat naik dari China, Zhao Jun Peng dengan keputusan 21-19, 11-21, 19-21 sekaligus menyaksikannya gagal untuk mengulangi pencapaian melangkah ke suku akhir […]
Kasut Emas Liga Premier : Sempatkah Nurshamil Pintas Abu Kamara?

Saingan Liga Premier menghampiri kemuncaknya dengan perebutan kejuaraan semakin hangat di antara tiga pasukan – Kelantan, Johor Darul Takzim II dan Terengganu FC II. Turut menjadi tumpuan adalah siapakah yang akan muncul sebagai penjaring terbanyak dan memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Premier bagi musim ini. Penyerang Kuching City, Abu Kamara mendahului carta penjaring terbanyak dengan […]
Tengku Fahad Kini Di Dalam FAM

Selepas lebih lima tahun menubuhkan pasukan Pahang Rangers dan memacu kelab itu menjadi satu daripada pasukan gergasi futsal tanah air, pemiliknya YAM Tengku Fahad Mua’adzam Shah kini direkrut ke dalam Persatuan Bolasepak Malaysia. Kelab itu dalam satu kenyataan memaklumkan Tengku Fahad yang juga Presiden kelab, telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai FAM […]
“Dia Sesuai Jadi Penolong Sahaja” – Penyokong Desak Yusri Che Lah Berundur

Susulan prestasi suram dan kegagalan Perak untuk layak ke saingan Piala Malaysia pada musim ini, rata-rata penyokong Perak mahu ketua jurulatih, Yusri Che Lah berundur. Yusri disifatkan bukan individu sesuai untuk merubah dan mengembalikan kegemilangan bolasepak Perak, malah ada yang mengatakan beliau perlu menimba lebih banyak pengalaman lantas hanya sesuai untuk menjadi penolong jurulatih sahaja […]
Setiausaha Agung FAM Letak Jawatan

Tiada angin, tiada ribut, arena bolasepak tanah air secara tiba-tiba dikejutkan dengan perkhabaran bahawa Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM), Saifuddin Abu Bakar telah membuat keputusan untuk meletak jawatan. Beliau difahamkan telah menyatakan hasrat tersebut kepada kepimpinan tertinggi FAM dan ianya akan dibincangkan dalam satu mesyuarat exco FAM pada Selasa. Sebagai rekod, Saifuddin dilantik sebagai Setiausaha […]
Dollah Salleh : Terengganu Sangat Berbeza, Lebih Mantap dan Lebih Tersusun

Selepas Sri Pahang mengalami kekalahan 1-2 di tangan Terengganu pada Ahad, pengendalinya Dollah Salleh menyatakan bahawa mereka tewas kerana kesilapan sendiri. Beliau tegaskan selepas mendahului menerusi jaringan Manuel Hidalgo pada minit ke-47, barisan pemainnya mula mengendurkan asakan malah bermain dengan terlalu berhati-hati kerana takut melepaskan gol. Natijahnya, Terengganu bangkit menerusi jaringan Habib Haroon dan Petrus […]
Kalau Main Bola Cukup Bulan Nak Ambik Gaji, Perak Bukan Tempatnya – Yusri Che Lah

Perak terlepas slot ke Piala Malaysia musim ini, selepas diaibkan oleh skuad Projek FAM-MSN pada Ahad. Kekalahan 1-3 menyaksikan skuad bimbingan Yusri Che Lah gagal untuk menempatkan diri di kelompok lima pasukan terbaik dari Liga Premier untuk beraksi di pertandingan berprestij itu. Lebih memilukan, Perak yang merupakan antara pasukan paling berjaya dalam sejarah pertandingan, tidak […]
Tewas Lagi, CEO Selangor Bagi Amaran Kepada Pasukan Supaya Tingkatkan Prestasi

Kekalahan keempat berturut-turut dialami Selangor dalam aksi Liga Super setelah tewas kepada PJ City pada Ahad, membuatkan CEO pasukan itu, Dr Johan Kamal Hamidon naik angin. Dalam satu kenyataaan paling ringkas di media sosial rasmi pasukan, Johan Kamal berkata, “ “Keputusan beberapa perlawanan terakhir ini tidak boleh diterima. Ini bukan tahap Selangor FC yang sepatutnya. […]
Pemerhati Minta Zamsaham Tunjuk Bagaimana Dapat Nilai TRW RM60 Juta?

Bagaimana Norizam Tukiman (Zamsaham) iaitu pemilik Kelantan FC mendapat nilai RM60 juta bagi pasukannya itu, demikian persoalan yang ditimbulkan pemerhati bolasepak tempatan, Zakaria Rahim. Beliau yang juga bekas pengurus pasukan Selangor berkata tidak menjadi masalah berapa pun nilai yang mahu diletakkan Zamsaham, namun dia tertanya-tanya apa justifikasi RM60 juta diletakkan. Justeru Zakaria berpendapat adalah lebih […]
“Selangor Pasukan Tepat Iringi JDT Ke ACL” – Khalid Ali

Selangor adalah pasukan paling tepat untuk mengiringi Johor Darul Takzim untuk beraksi secara automatik di Liga Juara-Juara Asia (ACL). Demikian pandangan bekas pemain Selangor dan kebangsaan, Khalid Ali, sepertimana dilaporkan oleh Arena Metro. Menurutnya, Selangor dipilih berdasarkan kepada kemampuan kewangan pasukan itu serta fasiliti pusat latihan yang kedua terbaik di negara ini bagi menyediakan pemain […]
Bekas Pemain Akur JDT Dibelasah, Berpendapat Mereka Perlukan Pemain Lebih Baik

Bekas pemain Johor, Fadzli Ahmad mengakui terkejut dengan kekalahan besar dialami Johor Darul Takzim kepada Urawa Red Diamonds pada Jumaat lalu, yang menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Asia 2022. Skuad Hector Bidoglio kecundang 5-0 kepada wakil Jepun itu di Stadium Saitama dalam aksi pusingan kedua, namun di sebalik kekalahan itu, Fadzli tetap berbangga […]
Terengganu Berhati-Hati Menyedari Sri Pahang Yang Sekarang Sudah Banyak Berubah

Terengganu FC tidak akan mengambil mudah aksi Liga Super menentang Sri Pahang pada Ahad, di sebalik rekod mereka yang agak baik ke atas seteru pantai timur itu. Skuad Nafuzi Zain tidak pernah tewas kepada Pahang dalam lima perlawanan terakhir, malah ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam pusingan pertama pada 3 Julai lalu, Terengganu menang dengan jaringan […]
Hector Bidoglio Jelaskan Punca JDT Tersungkur Di Bumi Jepun

Langkahan Johor Darul Takzim dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 tersekat di pusingan kedua selepas kecundang kepada gergasi Jepun, Urawa Reds Diamond dengan jaringan 5-0. Pengendali skuad Harimau Selatan, Hector Bidoglio selepas tamat perlawanan memberi penjelasan mengenai punca pasukannya yang ‘unstoppable’ di Liga Malaysia secara tiba-tiba tidak berdaya untuk memberi saingan sengit kepada lawan […]
Dulu Stress Sebab Beban Saya Pikul Seorang, Sekarang Saya Boleh Senyum – Dollah Salleh

Ketua jurulatih Sri Pahang, Dato’ Dollah Salleh berpendapat kemenangan 3-2 yang dilakar ke atas Penang pada Khamis, sebagai meredakan sedikit kegusaran dan ketegangan bermain di fikirannya susulan beberapa isu yang timbul sebelum perlawanan. Dua jaringan Steven Rodriguez dan satu oleh David Rowley membantu Sri Pahang mencatat kemenangan keempat dalam lima perlawanan sekaligus pulang dari tiga […]
Bojan Hodak : “Tiada Ragu, Ia Kemenangan Yang Berhak Buat Kami”

Mengatasi Negeri Sembilan 1-0 pada Khamis, jurulatih KL City, Bojan Hodak berpendapat pasukannya memang berhak untuk memenangi perlawanan itu. Jaringan tunggal kapten pasukan Paolo Josue pada minit akhir separuh masa pertama memastikan kemenangan buat KL City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sekaligus meleburkan rekod bersih empat kemenangan berturut-turut skuad hoben jang hoben. Tiga mata yang […]
“Kita Selangor, Kita Patut Panik Apabila Tak Ada Keputusan” – Nidzam Jamil

Kegagalan Selangor mencatat kemenangan dalam empat perlawanan terakhir ternyata meresahkan pengendalinya, Nidzam Jamil. Kekalahan 0-2 kepada Terengganu pada Rabu menyaksikan Red Giants tewas buat kali ketiga berturut-turut dalam aksi Liga Super setelah terdahulu tewas kepada Pahang dan Negeri Sembilan. Ini menyaksikan mereka kini menghuni tangga kesembilan liga dengan 16 mata, kedudukan yang agak janggal bagi […]
Luahan Aidil Sharin, Kedah Tiada Pemain Untuk Beri Keyakinan Kepada Pemain Muda

Pengendali Kedah Darul Aman, Aidil Sharin Sahak tampil meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya selepas perlawanan menentang Sabah di laman sendiri yang berkesudahan seri 1-1 pada Rabu. Walaupun gagal meraih mata penuh Aidil Sharin, gembira dengan kehadiran semula Marc Vales yang kembali memperkuatkan benteng pasukan. Pengendali dari Singapura itu juga melihat Vales mampu bertindak […]
Cucurella Tidak Mahu Gunting Rambut Walaupun Ditarik Ketika Perlawanan

Pemain pertahanan Chelsea, Marc Cucurella tidak bercadang untuk menggunting rambutnya meskipun dia baru-baru ini dikasari dengan ditarik rambut oleh pemain Tottenham Hotspur, Christian Romero. Dalam aksi di Stamford Bridge, rambut panjang Cucurella ditarik oleh Romero, dan ketika dia terbaring menahan sakit, Harry Kane menyamakan kedudukan 2-2 pada masa kecederaan. Ini sekaligus menyebabkan pengurus Chelsea, Thomas […]
Nafuzi Akui Corak Permainan Selangor Yang Mudah Dibaca Beri Kelebihan Buat Terengganu

Corak permainan Selangor yang mudah dibaca adalah faktor utama membantu Terengganu menewaskan Selangor pada Rabu, demikian menurut Nafuzi Zain. Terengganu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Selangor dalam aksi Liga Super di Petaling Jaya, kira-kira 11 hari selepas menyingkirkan lawan sama di separuh akhir Piala FA pada 6 Ogos lalu. Habib Haroon dan Manuel Ott menjadi […]
TMJ Tembak Pengurusan Selangor Sekali Lagi Selepas Tewas Kepada Terengganu

Selangor gagal untuk meraih kemenangan dalam aksi pertama di bawah kendalian Nidzam Jamil, apabila tewas 0-2 kepada Terengganu pada Rabu. Jaringan oleh Habib Haroon dan Manuel Ott di separuh masa pertama memastikan kemenangan buat Terengganu bimbingan Nafuzi Zain, yang kini melebarkan rekod tanpa kalah mereka dengan Red Giants kepada sembilan perlawanan. Ia adalah kekalahan ketiga […]
Padang Stadium Nasional Dijamin Berada Dalam Keadaan ‘Tip-Top’ Untuk Final Piala FA

Jangan bimbang dengan kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil, itu jaminan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) setelah gelanggang itu dipilih sebagai venue aksi final Piala FA pada 10 September nanti. Setelah lama berteka-teki, Malaysian Football League (MFL) pada Selasa mengumumkan Stadium Nasional sebagai gelanggang final edisi ke-31 yang mempertemukan Johor Darul Takzim dan Terengganu. “Antara elemen […]
Final Piala FA : Pemilihan 10 September Disambut Baik Nafuzi Zain

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain menyambut baik tarikh final Piala FA 2022 yang akan berlangsung pada 10 September 2022 sambil menyifatkan pasukan mempunyai masa mencukupi melakukan persediaan. Malaysian Football League (MFL) pada Selasa telah mengesahkan perlawanan final menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan berlangsung pada 10 September depan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) […]
Laporan Lengkap Sudah Diterima, Hanya Tunggu Masa Sahaja Untuk Jatuh Hukum – FAM

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Saifuddin Abu Bakar memberitahu bahawa pihaknya sudah menerima laporan lengkap daripada komisioner perlawanan berhubung isu kekecohan penyokong dua venue berbeza pada minggu lalu. Insiden pertama berlaku di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu ketika perlawanan Liga Premier antara Kelantan dan Perak pada 10 Ogos. Insiden dikatakan berpunca daripada tindakan […]
Tiada Sentuhan Jurulatih Korea Buat Skuad B-23?

Kekosongan jawatan ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan berkemungkinan besar akan diisi oleh jurulatih tempatan, dan bukannya jurulatih dari Korea Selatan sepertimana digembar-gemburkan. Sebelum ini, Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell ada memberitahu bahawa jurulatih yang bakal dilantik menggantikan Brad Maloney merupakan seorang yang mempunyai corak dan falsafah permainan yang sama dengan Kim Pan-gon. Ini menyaksikan beberapa […]
Moral Pemain PJ City Tetap di Tahap Terbaik Walaupun Sudah 13 Perlawanan Tak Menang

Sudah lebih empat bulan, 13 perlawanan berlalu, PJ City masih belum berjaya menoktahkan kemarau kemenangan. Kali terakhir mereka merasai nikmat menang, adalah ketika menewaskan Terengganu 3-0 menerusi hatrik Darren Lok. Dalam 13 perlawanan terakhir, skuad P.Maniam mencatat tujuh keputusan seri dan enam kekalahan, kini mereka terperosok di tangga kedua tercorot. Mujur musim ini tiada penyingkiran, […]
Tze Yong Dilatih Untuk Menang Dengan Cara Sendiri, Bukan Untuk Atasi Lee Zii Jia

Sejak seminggu dua ini, nama pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat badminton tanah air. Mana tidaknya, dia cemerlang menyumbang mata dengan menewaskan Srikant Kidambi ketika membantu Malaysia meraih pingat emas acara berpasukan campuran di Sukan Komanwel Birmingham 2022. Dan kecemerlangan itu diteruskan dalam acara perseorangan apabila dia menewaskan […]
(Video) Tindakan Darwin Nunez Mengejutkan Penyokong Liverpool

Liverpool keciciran mata sekali lagi, apabila sekadar mampu untuk mencatat keputusan seri 1-1 di laman sendiri menentang Crystal Palace. Di sebalik satu mata yang diraih menerusi jaringan penyamaan Luis Diaz, perkara yang lebih mencuri tumpuan dan menjadi bualan adalah kad merah yang dilayangkan kepada pemain baru Liverpool yang bernilai RM339 juta, Darwin Nunez. Pemain antarabangsa […]
Perak Berpotensi Terlepas Aksi Piala Malaysia Pertama Kali Dalam Sejarah

Mungkinkah pertama kali dalam sejarah, Perak akan terlepas beraksi dalam saingan Piala Malaysia? Kemungkinan tersebut tinggi memandangkan pasukan itu ketika ini hanya mengumpul tujuh mata dan berada di kedudukan kesembilan Liga Premier atau lebih tepat kedudukan terakhir bagi merebut slot beraksi di pertandingan berprestij itu. Berdasarkan saingan musim-musim terdahulu, hanya lima pasukan daripada Liga Premier […]
Selangor Sudah Sedia Bangkit Cabar Kelompok Tiga Teratas Liga Super

Tidak guna untuk terus meratapi kegagalan, usah terus melihat ke belakang sebaliknya lihat pada cabaran di Liga Super yang menanti di depan. Itu amanat pengurus pasukan Selangor FC, Mahfizul Rasydin kepada barisan pemain pasukan itu agar mereka segera melupakan kegagalan di Piala FA serta prestasi tidak menentu dalam Liga Super musim ini. Baginya, dengan baki […]
Hanya Skor 16 Gol, Ketumpulan Serangan Resahkan Kem Terengganu

Terengganu mungkin sudah berada di pentas final Piala FA dan juga di kelompok empat teratas saingan Liga Super, tetapi ia tidak dapat menutup hakikat mengenai ketumpulan barisan serangan mereka. Di pentas Liga Super, skuad bimbingan Nafuzi Zain hanya menjaringkan 16 gol sahaja, jumlah kedua terendah dalam kalangan 12 pasukan Liga Super (di atas Penang dan […]
Kena Gol Minit Akhir Sekali Lagi, Luahan Kecewa Jurulatih Melaka United

Bukan sekali atau dua, tapi ianya kali keempat musim ini Melaka United terpaksa berputih mata kerana melepaskan gol pada masa kecederaan. Ia pernah berlaku ketika menentang Sarawak United (tewas 2-3); Johor Darul Takzim (tewas 1-2) serta Sabah (tewas 1-2), dan malangnya ia berlaku sekali lagi ketika Sri Pahang bangkit penuh dramatik menjaringkan gol pada masa […]
Dollah Salleh Tak Jangka Dua Pemain Gantian Boleh Ubah Keputusan Perlawanan

Ketika perlawanan masuk minit ke-87, Melaka United dilihat berada dalam landasan untuk meraih kemenangan ke atas Sri Pahang apabila sedang mendahului 2-0. Dalam tempoh hanya tiga minit, Sri Pahang meleburkan hasrat itu, apabila bangkit menjaringkan dua gol lewat permainan untuk keputusan seri 2-2 di Stadium Hang Jebat. Menariknya, kedua-dua gol Sri Pahang dijaringkan pemain gantian […]
“Kita Bayar Gaji Jauh Lebih Tinggi” – Sanusi

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Dato’ Sri Muhammad Sanusi Md Nor menepis tanggapan bahawa jumlah gaji yang diterima adalah punca kemerosotan prestasi pasukan Kedah Darul Aman FC musim ini. Kedah melalui musim yang suram, menjunam ke kedudukan kelapan dalam liga, 21 mata di belakang JDT, gagal mempertahankan Piala FA, dan baru-baru ini kecundang di peringkat […]
Sunday Afolabi Tandatangan Kontrak Baru, Tiga Hari Selepas ‘Mendunia’

Pemain import Perak, Sunday Afolabi menandatangani kontrak baru yang akan menyaksikannya kekal di kelab itu selama dua tahun lagi. Kontrak baru itu adalah ganjaran kepada prestasi cemerlangnya sepanjang dua bulan lalu yang turut membantu Perak untuk memperbaiki prestasi mereka. Memetik laporan FlashSukan, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC Bobie Farid Shamsuddin turut mengucapkan terima kasih kepada […]
Pertama Kali Dalam 17 tahun, Messi Tidak Tersenarai Dalam Pencalonan Ballon d’Or

Prestasi yang tidak seberapa di Ligue 1 memberi impak besar kepada Lionel Messi, apabila dia buat pertama kalinya tidak berada dalam pencalonan untuk Anugerah Pemain Terbaik Dunia Ballon d’Or bagi tahun 2022. Ini sekaligus menyaksikannya gagal untuk mempertahankan anugerah yang dimenangi pada tahun lalu. Messi yang juga pemenang tujuh kali Ballon d’Or mengharungi musim pertama […]
“Jaga-Jaga Dengan Benda Lain Yang Tak Nampak”, Peringatan TMJ Buat Penyokong Perak

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terpanggil untuk memberi peringatan mesra kepada kumpulan penyokong Perak yang akan bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, untuk menyaksikan perlawanan Liga Premier antara JDT II dan Perak FC pada Sabtu. Kumpulan penyokong pasukan Perak menjadi tumpuan atas sebab yang tidak sepatutnya minggu ini, apabila dikatakan […]
Tak Pernah Tewaskan Terengganu Dalam 8 Aksi Terakhir, Misi Sukar Buat Nidzam Jamil

Dapatkah Nidzam Jamil memulakan tugasnya selaku ketua jurulatih Selangor dengan langkah kanan? Tugas pertama Nidzam Jamil yang dilantik menggantikan Michael Feichtenbeiner adalah aksi Liga Super menentang Terengganu pada 17 Ogos ini. Misi meraih tiga mata adalah cukup penting buat Selangor bagi memulihkan keyakinan penyokong, tetapi rekod menentang Terengganu tidak begitu menyebelahi mereka apabila tidak pernah […]
Bidoglio Akui Pemain Kepenatan

Pengendali Johor Darul Takzim, Hector Bidoglio menganggap pasukannya berada pada prestasi yang cukup luar biasa setelah mengharungi 18 perlawanan tanpa kalah dalam saingan domestik musim ini. Begitupun dia mengakui ia bukan mudah untuk barisan pemainnya mengekalkan momentum, mengambil kira intensiti setiap perlawanan adalah berbeza, terutama apabila bermain di tempat lawan. Kemenangan ke atas Terengganu dua […]
Pertahan Perangai Penyokong, CEO Perak FC Koyak Teruk Diserang Netizen

Gara-gara mempertahan perangai tidak bertamadun penyokong Perak dan banyak membuat posting berbentuk sindiran mengenai insiden di Kota Bharu pada Rabu lalu di media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin ‘diserang’ netizen. Perlawanan membabitkan Kelantan dan Perak FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV berlangsung sedikit tegang, dengan tercetus kekecohan penyokong selepas wisel penamat […]
“Untunglah Feichtenbeiner Dapat Melancong dan Dibayar Gaji Walaupun Gagal”

Bekas pemain Selangor dan kebangsaan, Azlan Johar hairan bagaimana Michael Feichtenbeiner yang gagal sebagai ketua jurulatih Selangor FC boleh kembali mengisi kerusi Pengarah Sukan kelab itu. Selangor FC pada Selasa lalu mengumumkan telah mencapai persetujuan dengan Feichtenbeiner untuk dia melepaskan jawatan yang digalas selama setengah musim bagi memberi fokus kepada projek pembangunan bolasepak Selangor sebagai […]
Jawatankuasa Disiplin Akan Putuskan Hukuman Yang Wajar Susulan Insiden di Kota Bharu

Insiden kekecohan membabitkan penyokong yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu pada Rabu, ketika pertemuan antara Kelantan dan Perak, mendapat perhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Penyokong pasukan Kelantan yang dikatakan hilang sabar dengan beberapa provokasi melampau oleh penyokong dan pemain lain, bertindak sedikit di luar kawalan sehingga menyebabkan campur tangan anggota keselamatan. Penyokong […]
Kebangkitan Menakjubkan Sri Pahang Merunsingkan Melaka United

Melaka United nampaknya tidak senang duduk menjelang pertemuan Liga Super menentang Sri Pahang pada Sabtu ini. Kebangkitan menakjubkan pasukan tok gajah di bawah kendalian Dato’ Dollah Salleh jelas sama sekali merunsingkan mereka, sepertimana diakui pemain pertahanan Mohd Fadhli Shas. Menurut Fadhli Shas, ujian getir bakal dilalui Melaka United memandangkan Sri Pahang berada di prestasi terbaik […]
Yusri Che Lah Akui Dia Yang Suruh Sunday Buat Provokasi Dengan Menari

Pengendali Perak, Yusri Che Lah tanpa rasa bersalah mengakui beliau lah yang menyuruh pemain import, Sunday Afolabi untuk membuat tarian mengikut chant kumpulan penyokong Perak di dalam kawasan penalti Kelantan, ketika perlawanan antara kedua-dua pasukan pada Rabu. Tidak cukup dengan itu, Afolabi kemudiannya berguling-guling beberapa pusingan di atas padang hanya kerana disentuh oleh Abdul Latiff […]
Bekas Jurulatih Perak Anggap Tindakan Sunday Memalukan dan Mencerminkan Kebodohan

Pertembungan Kelantan dan Perak di Kota Bharu pada Rabu menjadi tumpuan dan bualan atas beberapa sebab yang tidak sepatutnya. Antaranya termasuklah provokasi dan lakonan melampau pemain import Perak, Sunday Kolawole Afolabi ketika perlawanan menuju ke minit-minit akhir yang mendorong kemarahan penyokong Kelantan. Pemain dari Nigeria itu tidak berkelakuan seperti seorang pemain bolasepak profesional, apabila sengaja […]
Hong Wan Sepatutnya Dilayangkan Kad Merah – Subkhiddin

Bagaimana pemain Johor Darul Takzim, Nathaniel Shio Hong Wan boleh terlepas layangan kad merah terus (direct red card) selepas melakukan bentesan berbahaya ke atas pemain Terengganu? Itu persoalan yang timbul apabila pengadil Mohd Hasrol Mohd Amir masih boleh berbudi bicara dan sekadar memberikan amaran kepada Hong Wan pada minit ke-75 selepas pemain itu membuat bentesan […]