Azman Adnan Tegur Penyokong Yang Jadikan Bencana Sebagai Bahan ‘Troll’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas penyerang kebangsaan, Azman Adnan menegur segelintir penyokong yang menjadikan bencana banjir di Shah Alam sebagai bahan ejekan dan ‘troll’ tidak bertempat.

Sepertimana diketahui majoriti kawasan di Shah Alam dinaiki air menyebabkan ibu negeri Selangor itu hampir lumpuh dengan jalan-jalan utama yang menghubungkan bandar raya itu terputus.

Ribuan orang terkandas di atas jalan, ada yang tidak boleh keluar dari Shah Alam, sementara yang berada di luar pula tidak boleh pulang ke rumah masing-masing di Shah Alam kerana jalan-jalan utama termasuk Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE) ditenggelami air.

Perkongsian di media sosial juga menunjukkan banyak kawasan perumahan di Shah Alam dinaiki air ekoran hujan yang berterusan sejak Khamis lalu, dalam apa yang disifatkan sebagai antara kejadian banjir terburuk pernah berlaku di Shah Alam.

Turut terkesan, adalah Stadium Shah Alam yang ketika ini dalam proses pembaikpulihan. Menerusi gambar yang viral, stadium itu sudah seperti kolam renang setelah dinaiki air, dan sebuah page sukan kemudian memuatnaik gambar tersebut dan menulis caption berbentuk troll.

Troll Banjir Azman Adnan Tegur Penyokong Yang Jadikan Bencana Sebagai Bahan 'Troll'

Ini membuatkan Azman Adnan sedikit terkilan dan menegur supaya kalau nak troll sekalipun, biarlah peka dengan situasi semasa.

“Dalam bola sepak ni, troll atau bahan membahan tu perkara biasa TAPI Abang rasa kita kena peka dengan situasi semasa. Dengan keadaan bencana alam yang menimpa sekarang ni di Lembah Klang, perkara sensitif macam ni bukan gurauan. Bencana alam siapa yang nak minta jadi betul tak??

“Mungkin lebih baik di waktu ini kita semua berganding bahu, tolak dulu cerita pasal bola, tolak tepi perbezaan, bantu dahulu orang yang memerlukan. Takpelah, Abang doakan semoga mangsa banjir dan mereka yang terkesan daripada bencana ini agar semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan. Stay safe semua!,” ujarnya.

Hakikatnya rumah Azman Adnan di Hulu Langat juga difahamkan antara yang dinaiki air dan menjadi mangsa banjir kali ini.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.