Bacary Sagna ‘tembak’ hierarki tertinggi Arsenal sebagai sarkas

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas pertahanan Arsenal, Bacary Sagna menempelak hierarki tertinggi pengurusan The Gunners sebagai sarkas.

Sagna yang berusia 37 tahun bertindak ‘menembak’ bekas majikannya itu kerana tidak berpuas hati dengan kegagalan ahli lembaga pengarah Arsenal dalam mendapatkan pemain-pemain yang berkaliber.

Jelasnya lagi, kritikan itu hanya ditujukan kepada hierarki tertinggi kelab dan bukannya kepada para pemain yang sedang beraksi bersama Arsenal pada waktu ini.

Stan Kroenke Arsene Wenger 2013 Arsenal Bacary Sagna ‘tembak’ hierarki tertinggi Arsenal sebagai sarkas

“Apabila saya panggil kelab (Arsenal) sebagai sarkas, ia bukan tentang pemain, prestasi atau kualiti (mereka),”

“Ia adalah kelab itu sendiri.

“Bagaimana sebuah kelab berpangkalan di London, yang merupakan sebuah kota yang paling menarik di UK, mempunyai stadium sehebat Emirates dan tidak (mampu) lakukan lebih baik?

“Secara asasnya, kelab mampu membawa mana-mana pemain pada hari ini kerana semua pemain sukakan Arsenal. 

“Jika anda merupakan pemain-pemain liga luar, selain pasukan (Manchester) United, Arsenal menjadi kegemaran. Kelab mampu capai (kejayaan) lebih baik.

“Jelas sekarang ini (pasukan) berbelanja besar seperti (Manchester) City turut serta secara beretika, di mana saya amat menghormatinya, tetapi anda perlu lakukan pilihan.”

“Jangan sangka pemain-pemain untuk beraksi sepertimana pasukan yang mempunyai dua skuad.” katanya seperti dipetik daripada Goal.

Selain daripada tidak berpuas hati dengan urusan dalam mendapatkan pemain-pemain berkaliber, Sagna juga tidak bersetuju dengan cara pemilik, Stan Kroenke dalam menguruskan Arsenal.

Bacary Sagna Arsene Wenger Arsenal 2014 Bacary Sagna ‘tembak’ hierarki tertinggi Arsenal sebagai sarkas

Dia berkata lagi, “Sebagai pemain awak mahu kelab menunjukkan sedikit kemahuan. Tidak semestinya berbelanja duit (besar), tetapi seseorang perlu menguruskan kelab dengan betul dan awak langsung tidak mengetahui siapa yang mengepalai Arsenal. 

“Siapa yang membuat keputusan-keputusan penting?”

“Dulu awak tahu Arsenal membuat keputusan-keputusan melalui Arsene Wenger. Dia merupakan ketua. Sejak dia pergi, awak tak tahu siapa yang mengepalai.

“Untuk sebuah kelab seperti Arsenal, saya fikir (perlukan) kepimpinan yang lebih (baik). Itulah sebabnya saya gelarkan seperti sarkas. Ini kerana saya sayangkan Arsenal. Apabila awak sayangkan sesuatu ia seperti ada hubungan dengan seseorang.

“Apabila saya (beri) kritikan, saya bukan kritik secara teruk. Saya cuma tidak faham apa yang berlaku.”

Bacary Sagna vs Stoke City Arsenal 2014 Bacary Sagna ‘tembak’ hierarki tertinggi Arsenal sebagai sarkas

Sagna beraksi bersama The Gunners sebagai pertahanan kanan selama tujuh musim. Dia tiba di London Colney pada jendela perpindahan musim panas 2007-08 daripada kelab Perancis, AJ Auxerre.

Sepanjang menyarung jersi Merah Putih, pertahanan kelahiran Perancis ini telah tampil sebanyak 284 kali dan merekodkan 5 gol serta merangkul kejuaraan Piala FA pada musim 2013-14.

Sagna meninggalkan Arsenal pada Jun 2014 dan menyertai juara bertahan pada waktu itu, Manchester City dengan kontrak selama tiga tahun secara percuma.

Foto: Arsenal

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.