Bagaimana Syafiq Ahmad Terlepas Daripada Didenda RM40,000?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Baru-baru ini pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ada menyatakan mengenai polisi dan etika kerja yang ditetapkan kelab itu, di mana salah satunya adalah pemain yang didapati menyalahgunakan media sosial dan memberi imej buruk kepada pasukan akan didenda RM40,000.

Namun penyerang JDT, Syafiq Ahmad boleh menarik nafas lega kerana dia terselamat daripada dikenakan tindakan tersebut walaupun dia ada menulis di media sosial sehingga memberi persepsi negatif kepada kelab.

Syafiq Ahmad pada bulan lalu menulis di twitternya “seronok tengok kawan-kawan main bola” seolah-olah memberi bayangan dia kecewa diperam JDT sekaligus menimbulkan kemarahan Tunku Ismail.

Malah ketika itu, Tunku Ismail menyatakan jika Syafiq Ahmad mahukan minit permainan dia boleh mencari pasukan lain selain mendedahkan bahawa prestasinya tidak lagi sama seperti dulu walaupun telah diberi banyak peluang.

Berita Berkaitan : “Kalau Tak Puas Hati Pintu Sentiasa Terbuka” – TMJ Kepada Syafiq Ahmad

Tetapi bagaimana Syafiq Ahmad boleh terlepas daripada hukuman RM40,000 kerana tindakannya itu?

Ini penjelasan oleh Tunku Ismail dalam rancangan [email protected], “Saya tak denda tapi saya bercakap dengan dia sendiri, saya berhubung terus dengan pemain saya. Dia minta maaf dengan saya yang dia keluarkan kenyataan berkenaan.

“Saya cakap kalau ada masalah apa salahnya datang jumpa, nak letak dalam media sosial buat apa. Selepas itu dia cakap itu sebab orang sebarkan.

“Benda itu sudah selesai, bagi saya setiap pemain perlu lebih bertanggungjawab untuk menggunakan media sosial kerana takut disalah persepsi oleh orang ramai.”

Selain denda kerana salah guna media sosial, pemain dan jurulatih JDT turut berdepan denda RM15,000 sekiranya lewat menghadiri sesi latihan.

“Kalau jurulatih lewat pun, pengurus akan denda kerana jurulatih kena ada dua jam sebelum latihan. Kalau gaji tak cukup, (pemain) berhutang,” ujar Tunku Ismail lagi.

Foto ehsan : Sportflex Malaysia

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.