“Bajet RM10 Juta Setahun Jer, Tapi Juara Piala Malaysia dan ASEAN” – TMJ Puji KL City

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji pencapaian gemilang pasukan KL City yang mencipta sejarah muncul juara Asia Tenggara dengan memenangi final Piala AFC zon ASEAN, pada Rabu.

“Bajet 10 juta setahun sahaja. Juara Piala Malaysia, Juara Zon ASEAN Piala AFC. Tahniah KL City FC. Satu kerja yang bagus Stanley Bernard, Bojan Hodak dan juga pemain,” ujar Tunku Ismail.

Dalam perlawanan akhir berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, KL City membenam kelab dari Indonesia, PSM Makassar 5-2 sekaligus membolehkan mereka mara ke separuh akhir Piala AFC Antara Zon 2022.

Romel Morales dan Jordan Mintah meletakkan KL City mendahului 2-0 di separuh masa pertama, sebelum Paolo Josue menyempurnakan sepakan penalti untuk tuan rumah selesa 3-0 di depan enam minit selepas perlawanan bersambung.

Tetapi PSM Makassar cuba mencetus kebangkitan apabila menjadikan kedudukan 2-3 menerusi jaringan Yakub Sayuri (m-58) dan Akbar Tanjung (m-63).

Josue akhirnya memadam kebangkitan PSM Makassar selepas meledak gol keempat pada minit ke-84 sebelum Hadin Azman melengkapkan malam bergaya KL City FC menerusi satu lagi sepakan penalti di hujung babak kedua.

Kemenangan itu juga menyaksikan skuad Bojan Hodak menjadi pasukan pertama dari Malaysia memenangi final Zon ASEAN selepas pertandingan terbabit diformat semula pada edisi 2017.

Menanti mereka di separuh akhir Antara Zon Piala AFC adalah wakil India, ATK Mohun Bagan namun bergantung kepada rayuan pasukan itu selepas keahlian Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) digantung oleh FIFA.

Sekiranya KL City FC terus lolos ke final Antara Zon Piala AFC, mereka akan bertemu sama ada wakil Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh ataupun wakil Hong Kong, Eastern.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.