Kerja gila Barcelona, mahu ‘swap’ pemain termahal mereka demi Costa & Rabiot

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

FC Barcelona dikhabarkan mahu melakukan satu lagi ‘kerja gila’ iaitu menawarkan pemain termahal mereka, Antoine Griezmann untuk mendapatkan Douglas Costa dan Adrien Rabiot daripada Juventus.

Perkara tersebut diungkapkan oleh Paolo Paganini, seorang wartawan media berpangkalan di Itali, Rai Sport.

Difahamkan, penyerang skuad kebangsaan Perancis itu yang juga pemenang Piala Dunia 2018 menghadapi kesulitan di Barcelona ekoran prestasi yang tidak menentu serta hubungan dingin dengan ayam tambatan, Lionel Messi.

Malah Griezmann yang dibeli dengan harga €120 juta tidak menjadi pilihan pengurus, Quequi Setien dalam mengisi kesebelasan pertama Barcelona. Pengurus berusia 61 tahun itu lebih gemar menurunkan pemain muda Riqui Puig dan Ansu Fati.

Selain daripada menawarkan kepada Juventus, Paganini turut mendedahkan Barcelona menawarkan Griezmann kepada Paris Saint-Germain (PSG) untuk ditukarkan dengan Neymar dan kepada Inter Milan untuk mendapatkan Lautaro Martinez.

Terdahulu pengurusan tertinggi Barcelona dikecam majoriti penyokongnya seluruh dunia apabila melakukan ‘swap deal’ antara pemain tengah berbakat, Arthur Melo untuk mendapatkan Miralem Pjanic daripada kelab Kota Turin itu.

Foto: FC Barcelona

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.