Batalkan kedua-dua Piala FA dan Piala Malaysia mungkin langkah relevan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas pemain kebangsaan, Mat Zan Mat Aris berpandangan membatalkan kedua-dua pertandingan Piala FA dan Piala Malaysia mungkin langkah paling relevan boleh diambil Malaysian Football League demi memastikan baki aksi Liga Super/Liga Premier dapat diteruskan dan ditamatkan sebelum berakhir November.

Dengan tiada kepastian bila saingan liga akan kembali bersambung, malahan MFL sendiri membayangkan ia mungkin hanya dapat diteruskan selepas Hari Raya Aidilfitri, Mat Zan berpendapat meneruskan kedua-dua pertandingan itu berpotensi menjejaskan kelancaran serta kualiti dalam aksi liga.

“Sama ada diteruskan ataupun tidak saingan Piala FA dan Piala Malaysia adalah bergantung kepada masa yang ada, jika ada masa contoh liga kembali bersambung selepas tempoh PKP berakhir, saingan dua piala itu mungkin boleh teruskan jika ada persetujuan semua pasukan bertanding.

“Tapi melihat situasi semasa penularan wabak pandemik itu, ada baiknya saingan dua piala berprestij itu perlu dikorbankan bagi memberi laluan kepada saingan Liga Super dan Liga Perdana sahaja, lagipun liga mungkin akan berakhir pertengahan Oktober.

“Ini bagi membolehkan pemain lebih fokus kepada saingan liga selain tidak memenatkan mereka kerana sudah pasti jadual perlawanan padat jika Piala FA dan Piala Malaysia diteruskan, ditambah pula kontrak mereka berakhir pada November.

“Daripada sudut kemeriahan pula sudah pasti berkurangan kerana mungkin peminat berhati-hati untuk datang ke stadium kerana bimbang penularan wabak COVID-19 dan mungkin mereka memilih untuk menonton televisyen dan saluran yang sudah ditetapkan di rumah masing-masing.

“Justeru pada saya FAM yang mempunyai ramai pakar-pakar boleh memperhalusinya dan percaya akan membuat keputusan terbaik demi keselamatan dan kesihatan semua termasuk peminat dan pemain, lagipun Sukan Olimpik yang dilangsungkan empat tahun sekali juga sudah ditangguhkan,” kata Mat Zan kepada Berita Harian.

MFL bersama-sama Persatuan Bolasepak Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penangguhan saingan liga ke satu tarikh yang belum ditetapkan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Foto : Mstar Online

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.