Bekas penaja Hanelang, TCFC dan Batu Dua FC minta hentikan tuduhan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas penaja kepada tiga pasukan liga divisyen tiga bolasepak Malaysia (Liga FAM/M3) iaitu Hanelang FC, Terengganu City FC dan Batu Dua FC meminta orang ramai supaya hentikan tuduhan yang tidak berasas ke atas mereka.

Tulangis Group, penaja yang didakwa sebagai punca utama tiga kelab itu ‘bungkus’ disebabkan pelbagai isu, terutamanya tunggakan gaji dan pelbagai bentuk penipuan lain difahamkan sudah memiliki saham salah sebuah pasukan elit Liga Super.

Namun, ‘track-record’ mereka yang tidak berapa cantik kembali ‘dikorek’ oleh penyokong dan menjadi bualan hangat di media sosial, dengan ramai yang menggambarkan pasukan Liga Super itu hanyalah satu lagi mangsa terbaru.

Baca : Ljuba Baranin dedah pegawai lagak mafia, penipuan dan bayaran RM11,500

Baca : Bebas dari neraka

Baca : Nasib baik angkat kaki awal sebelum  jadi mangsa scam!

Baca : Bekas fisio Hanelang, TCFC harap hukuman setimpal kepada penaja buat onar

Baca : Pemain Batu Dua kunci mulut kerana terikat syarat ‘3 Abdul’

Bagaimanapun, boss Tulangis Group, Datuk Mohd Hazarul Ifdaz atau sinonim dengan panggilan tuan muda yang dikatakan dalang di sebalik semua penipuan ini, menepis dakwaan itu.

“Cukup-cukuplah tuduh yang bukan-bukan, harap FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) boleh panggil semua yang terlibat untuk perbincangan bersama, berani kerana benar.

“Biar orang ramai faham apa itu penaja dan apa itu pemilik, cukup-cukuplah pusing cerita ke sini ke mari. Saya berani dan sudah lama tunggu, kalau FAM panggil berjumpa bersama dua kelab TCFC dan Batu Dua, biar ia dibuat secara live supaya semua tahu apa cerita sebenar,” kata Hazarul di laman facebook miliknya.

Menerusi maklumat beberapa sumber, modus operandi mereka bersama Hanelang, TCFC dan Batu Dua FC sebelum ini adalah masuk ke dalam pasukan atas kapasiti sebagai penaja tetapi kemudiannya mula ‘kacau’ dan mengambil alih pengurusan pasukan.

Biasanya akan ada hitam putih untuk mengatakan mereka hanya penaja, tetapi tiada hitam putih atau dokumentasi untuk mengaitkan mereka dengan pengurusan pasukan justeru menjadi salah satu sebab Tulangis Group atau mana-mana pihak berkaitan dengan mereka sukar didakwa.

“Mereka boleh menafikan dakwaan bahawa mereka tiada kaitan dengan pengurusan, tetapi kalau tiada kaitan kenapa sibuk arah jurulatih buat itu ini, tentukan kesebelasan, memaki hamun pemain, malah terlibat di dalam membuat pembayaran gaji,” kata sumber ketika isu TCFC hangat diperkatakan pada 2018.

Sebagai rekod, pada 2018, TCFC yang berjaya muncul juara Liga FAM gagal mendapat kelulusan untuk bermain di Liga Premier dan disingkirkan dari Liga Malaysia kerana gagal menyelesaikan tunggakan gaji.

Baca : Pengurusan Terengganu City cakap tak serupa bikin, bagi cek tendang

Baca : Tulangis tolong jangan lepas tangan

Baca : FAM anggap TCFC tidak ikhlas kerana sudah banyak tabur janji palsu

Pihak pengurusan TCFC berjanji menyelesaikan masalah itu tetapi sebaliknya memberi cek tendang kepada para pemain.

Perkara sama berlaku kepada pasukan Batu Dua FC pada tahun lalu, di mana pasukan itu yang bermula sebagai pasukan pilihan kerana berjaya membawa masuk beberapa pemain bintang, akhirnya menjadi pasukan belasahan gara-gara tidak menerima gaji lebih lima bulan.

Malah, cek yang diberikan kepada para pemain sebelum Aidilfitri 2019 diambil semula dengan alasan pengurusan mahu membayar secara cash tetapi tiada pembayaran dibuat, sebaliknya hanya dibayar sedikit wang saguhati (bukan tunggakan gaji).

Begitulah sedikit sebanyak kisah mengenai Tulangis dengan pasukan pernah ditaja mereka tetapi dengan penafian oleh Hazarul Ifdaz mungkin penyokong telah mendapat gambaran sebenar.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.