Benarkah Dion Cools Cedera?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain pertahanan FC Midtjylland, Dion Cools beberapa hari lalu telah digugurkan daripada kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa bulan ini.

Malaysia akan berdepan Jordan pada 6 Oktober disusuli Uzbekistan pada 9 Oktober, dengan kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung di Amman, Jordan.

Persatuan Bolasepak Malaysia dalam satu kenyataan pada Khamis lalu memaklumkan Dion Cools diketepikan kerana kecederaan, dan Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC) telah dipanggil sebagai pengganti.

Tetapi, benarkah pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium itu mengalami kecederaan atau ada sebab lain dia terpaksa digugurkan oleh Tan Cheng Hoe?

Ini kerana pada lewat malam yang sama FAM mengumumkan Dion Cools alami kecederaan, namanya berada dalam senarai simpanan bagi aksi Europa League antara FC Midtjylland menentang SC Braga.

Dan dua hari selepas itu, iaitu hari ini (Ahad) nama Dion Cools sekali lagi berada dalam senarai simpanan bagi aksi Danish Superliga menentang Aarhus GF dan beraksi pada 10 minit terakhir apabila dimasukkan pada minit ke-79 menggantikan Juninho.

Ia sama sekali membuktikan bahawa dia bukannya mengalami kecederaan, jadi apakah sebab sebenar Dion Cools digugurkan Harimau Malaya?

Adakah tidak mendapat pelepasan, atau adakah kerana isu tempoh kuarantin, atau adakah sengaja digugurkan supaya Cheng Hoe boleh menguji pemain-pemain yang berpotensi membentuk skuad Piala AFF sahaja?

Lagipun sebelum ini Cheng Hoe sendiri pernah memberitahu bahawa Dion Cools berkemungkinan besar tidak dapat digunakan di Piala AFF kerana dia dijangka sukar mendapat pelepasan memandangkan pertandingan itu tidak berada dalam tarikh kalendar antarabangsa FIFA selain jadual liga-liga di eropah cukup padat pada bulan Disember.

Berita berkaitan : Harimau Malaya Mungkin Terpaksa Lupakan Dion Cools

Jadi mungkin juga Cheng Hoe merasakan Dion Cools tidak perlu dipanggil buat masa ini dan menukar keutamaannya kepada pemain Liga Malaysia. Tetapi kalaupun itu alasannya, mengapa mengatakan dia cedera?

Tanpa Dion Cools serta Sharul Nazeem (cedera) dan Shahrul Nizam (tidak melapor diri), Cheng Hoe tidak mempunyai banyak pilihan di benteng dengan dia sekali lagi perlu mempertaruhkan kudrat pemain veteran Aidil Zafuan untuk berganding dengan Dominic Tan atau Irfan Zakaria.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.