Benjamin Mora Akui Terkejut JDT Berpesta Gol

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bukan sahaja meraih tiga mata dengan menewaskan bekas juara, tetapi berjaya pula melakar kemenangan besar dalam aksi sulung Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 dengan menewaskan Guangzhou Evergrande jelas mengujakan pengendali Johor Darul Takzim, Benjamin Mora.

Pengendali kelahiran Mexico itu berkata pasukannya memang turun dengan sasaran mencatat kemenangan, tetapi mengakui terkejut mereka menang cukup bergaya 5-0 menerusi hatrik Bergson da Silva, serta satu jaringan Ramadhan Saifullah dan gol sendiri pemain lawan.

“Ianya sangat mengujakan untuk menang besar ke atas salah satu pasukan terbaik rantau Asia dan memulakan kempen kami dengan langkah kanan. Ia jelas mengejutkan tetapi pemain saya membuktikan mereka layak untuk menang malam ini menerusi permainan yang ditunjukkan.

“Kami menguasai 81 peratus permainan dan tidak mungkin untuk kami beraksi secara perlahan, malah kami membentuk formasi dengan baik dan berjaya mencipta jaringan walaupun berdepan corak formasi 5-4-1 pasukan lawan tapi kami berjaya menemui ruang bagi menjaringkan gol,” ujarnya selepas perlawanan.

Malah Benjamin Mora turut memuji pemainnya yang bermain mengikut perancangan dan disiplin taktikal yang diterapkan tanpa melakukan kesilapan, selain memberi kredit kepada gandingan Shahrul Saad dan Shane Lowry di pertahanan.

“Walaupun kedua-dua pemain itu (Shane Lowry dan Shahrul Saad) jarang digandingkan bersama tapi pada sesi latihan mereka membentuk persefahaman yang baik dan sebab itu saya pilihan mereka mengemudi benteng JDT.

“Setiap pemain yang diturunkan ada tugas yang perlu dilaksanakan malah kami tidak terlalu bergantung kepada seorang pemain sahaja, mungkin malam ini saya pilih Shane dan Shahrul beraksi dan tidak mustahil aksi seterusnya saya akan senarai pemain lain dalam kesebelasan utama,” katanya lagi.

Aksi seterusnya, JDT yang kini memimpin Kumpulan I akan menentang Ulsan Hyundai pada Isnin, disusuli menentang Kawasaki Frontale pada Khamis.

Mereka mensasarkan untuk melepasi halangan peringkat kumpulan pada edisi kali ini selepas gagal melakukannya pada tiga edisi terdahulu.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.