Benjamin Mora : “Tiada Simpati Buat Terengganu FC”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Walaupun Johor Darul Takzim sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super 2021, mereka sama sekali tidak akan mengambil mudah aksi seterusnya menentang Terengganu FC pada 4 September.

“Berdepan Terengganu pada perlawanan seterusnya, saya tetap akan turunkan barisan terkuat kerana kami mahu cuba membalas dendam kekalahan yang dialami sebelum ini kerana mereka merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya tewaskan kami di liga,” kata ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Pertemuan antara JDT dan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 April lalu menyaksikan skuad kendalian Nafuzi Zain itu menang 1-0 menerusi jaringan pemain sayap Hakimi Abdullah.

Baca : TFC Lebur Rekod Tanpa Kalah JDT
Baca : Tak Pernah Saya Terima Pujian Seperti Ini Sepanjang Karier – Hakimi Abdullah

Ia bukan sahaja kekalahan pertama JDT dalam Liga Super musim ini, tetapi juga kekalahan pertama mereka selepas mengharungi 21 perlawanan tanpa kalah, dan kekalahan pertama di Stadium Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, Benjamin Mora juga mahu membantu penyerangnya Bergson Da Silva untuk bergelar penjaring terbanyak Liga Super musim ini.

Penyerang dari Brazil itu meneruskan sentuhan cemerlangnya apabila meledak hatrik kedua musim ini ketika menentang Sri Pahang pada Jumaat, dan ketika ini sedang memimpin carta penjaring dengan 23 gol.

Jumlah itu juga menyamai jumlah jaringan tertinggi semusim dilakukan Mohamed Ghaddar ketika mewakili Kelantan dan JDT pada 2017.

“Kami akan membantu semua pemain dalam pasukan ini dan bersedia untuk menolong Bergson mendapatkan penjaring terbanyak kerana ini juga sesuatu yang baik kepada JDT.

“Objektif utama pasukan adalah menjuarai apa jua kejohanan yang kita sertai dan sekarang sudah tentu kami akan bantu Bergson, yang akan menjadi satu lagi pencapaian buat JDT,” ujar Benjamin Mora.

Baca : Benjamin Mora Kini Sama Hebat Dengan K.Devan

Sebagai rekod, Bergson Da Silva menyertai JDT sehari sebelum pintu perpindahan Liga Malaysia ditutup sebagai pengganti kepada Jonathan Hererra dan dia hanya membuat penampilan sulung pada perlawanan ketiga ketika menentang Uitm FC.

Penyerang berusia 30 tahun itu tampil klinikal untuk pantas memenangi hati penyokong harimau selatan dan prestasi semasanya ini membuktikan kepada semua bahawa dia bukan penyerang tangkap muat.

Kredit foto : Johor Southern Tigers

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.