Bergaduh dengan De Paula sebab tendang tiang ada bendera hijau kuning

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas pemain pertahanan Kedah FC, Azmeer Yusoff meminta pemain tempatan agar tidak terlalu menghormati atau merendah diri dengan pemain import dan untuk membangkitkan semangat mereka, dia berkongsi salah satu memori dalam perjalanan kariernya.

Azmeer memberitahu dia pernah bergaduh dengan Guilherme De Paula (kini pemain naturalisasi) ketika pertembungan aksi Liga Super pada 2016.

“Sewaktu itu De Paula bermain untuk PDRM, saya bermain untuk Kedah. Beliau meraikan gol dengan menendang tiang sepakan penjuru. Sewaktu itu juga bendera di tiang tersebut berwarna hijau kuning.

“Lantas saya pergi ke arah beliau dan memarahi beliau kerana menendang bendera tersebut. Sampaikan Coach Tan Cheng Hoe terpaksa meleraikan pergaduhan kami. Sebab tu saya cakap, jangan bagi muka,” ujarnya.

Menurut Azmeer yang mengumumkan persaraan pada tahun lalu, setiap kali turun bermain dia akan pendamkan rasa geram teehadap pemain import, untuk membuktikan bahawa pemain tempatan adalah jauh lebih baik.

“Jangan terlalu hormat, jangan bagi muka. Ini liga kita, ini negara kita. Mereka yang sepatutnya hormat pada kita.

“Setiap game saya akan pendamkan rasa geram kepada pemain-pemain import team lawan. Bukan niat untuk mencederakan, tapi untuk buktikan pemain-pemain Malaysia lebih bagus dari mereka.

“Lawan dengan fizikal kita tahu kita akan kalah. Tapi lawan dengan semangat, percayalah mereka akan kalah dengan semangat kita.

“Saya selalu berfikiran jika mereka pemain yang bagus dan hebat, mereka tidak akan datang main bola di Malaysia.

“Saya berkata ini bukan angkuh. Tetapi semua pemain-pemain di Malaysia kena terapkan perasaan untuk jadi lebih bagus dari pemain-pemain import.

Buktikan pada mereka kita lebih hebat dari mereka. Bukan bukti hanya di dalam hati, tapi buktikan di atas padang,” tambahnya.

Sebagai rekod, Azmeer Yusoff telah terlibat sebagai pemain bolasepak professional sejak usianya 18 tahun bersama Kuala Lumpur dan mengumumkan persaraan pada usia baru sahaja 30 tahun, bagi memberi sepenuh perhatian kepada perniagaan dan Pusat Pengajian Azmeer Yusoff yang sedang diusahakannya.

Dia juga pernah menyarung jersi Perak, Negeri Sembilan dan ATM FA.

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.