Bergelut Dengan Prestasi, Bolehkah Zafuan Azeman Bangkit?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Beberapa tahun lalu, Zafuan Azeman dilabel sebagai penyerang masa depan skuad Harimau Malaya berdasarkan potensi dan bakat yang ada padanya.

Bekas anggota skuad juara Piala AFF B-19 pada 2019 ini pernah menjalani trial di luar negara termasuk dengan kelab Itali (Venezia FC) dan kelab Thailand (Bangkok United), dan pernah beraksi bersama kelab Thai League 3, Angthong United pada tahun lalu.

Namun kini semua itu hanya satu kisah silam dalam perjalanan karier pemain kelahiran Kedah itu yang kini sedang bergelut dengan prestasi malah sukar untuk mendapat minit permainan dalam Liga Malaysia.

Dia menyertai kelab Liga Super Penang FC pada awal tahun ini namun tidak digunakan Thomas Trucha menyebabkannya berhijrah ke Kelantan United pada Mei lalu untuk memburu minit permainan dan membuktikan sentuhan.

Begitupun Zafuan Azeman hanya membuat enam penampilan dan tidak banyak yang dapat dilakukannya bersama Kelantan United, namun dia belum berputus asa untuk terus merebut tempat dalam kesebelasan utama seterusnya membantu pasukan di pentas TM Piala Malaysia musim ini.

Dengan persaingan semakin sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan memandangkan penyerang seperti Fakhrul Zaman, Alfusainey Gassama dan Masashi Motoyama sentiasa menjadi pilihan utama untuk diturunkan, Zafuan Azeman mengakui dia perlu meningkatkan kerja keras.

Berita Berkaitan : Kemenangan Kelantan United Dicemari Insiden Pergaduhan Gassama dan Zafuan Azeman

Apatah lagi, aksi Gassama juga tidak mengecewakan selepas berjaya meledak 11 gol manakala Fakhrul Zaman pula dua gol dalam 20 perlawanan Liga Premier musim ini.

“Saya sempat beraksi untuk enam perlawanan sahaja, tetapi ada juga saya diletakkan sebagai pemain simpanan, cuma peluang untuk diturunkan agak sengit.

“Tetapi, saya tidak akan putus asa untuk berusaha sebab Piala Malaysia masih ada lagi empat perlawanan selepas ini, jadi saya memang sasarkan untuk rebut peluang bermain.

“Penyerang-penyerang lain juga semuanya memang berkualiti dan saya anggap ini sebagai persaingan yang sihat untuk cuba merebut tempat”, ujarnya.

Kelantan United ketika ini masih belum meraih sebarang mata dalam aksi Kumpulan C selepas tewas kepada Kedah Darul Aman FC dan Negeri Sembilan FC tempoh hari.

Namun, Zafuan tidak melihat peluang pasukan terus terkubur sebaliknya percaya mereka akan tampil dengan motivasi lebih tinggi terutamanya tempoh rehat yang ada selama hampir sebulan ini cukup untuk pasukan memperbaiki kelemahan.

“Memang kita boleh tengok pasukan kita berada dalam kumpulan yang semuanya pasukan hebat bertanding, jadi bukan mudah. Tetapi, saya dan semua pemain sentiasa positif untuk bersaing, jadi selagi perlawanan masih ada, selagi itu kami akan bekerja keras untuk cuba mendapatkan kemenangan”, tambahnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.