Bergson Da Silva Pemain JDT Pertama Skor 19 gol Semusim

Bergson da Silva
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bergson Da Silva terus mempamer ketajaman apabila meledak dua jaringan ketika Johor Darul Takzim menewaskan Sabah FC 2-0 dalam aksi Liga Super 2021 pada Ahad.

Ia bukan sahaja mengukuhkan peluang pemain dari Brazil itu untuk menyambar gelaran penjaring terbanyak musim ini, tetapi turut menjadikannya sebagai pemain JDT pertama untuk menjaringkan 19 gol semusim dalam saingan Liga Super.

Rekod sebelum ini dipegang bekas penyerang skuad Harimau Selatan dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz yang memenangi kasut emas pada musim 2016 setelah menjaringkan 18 gol.

Pada 2017 seorang lagi pemain JDT, Mohamed Ghaddar memenangi kasut emas dengan mengumpul 23 jaringan tetapi hanya lima sahaja jaringan dicetak bersama pasukan itu manakala 18 lagi gol adalah ketika menyarung jersi Kelantan FC.

Bergson Da Silva menyertai JDT pada saat akhir sebelum jendela perpindahan Liga Malaysia ditutup sebagai pengganti kepada Jonathan Herrera yang terlebih dahulu dibawa masuk untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Diogo Luis Santo.

Ternyata pemain berusia 30 tahun itu tidak mengambil masa lama untuk membuktikan kredibiliti dan memenangi hati pernyokong, dengan sentuhan-sentuhan klinikal di depan gol.

Dalam pada itu, ini reaksi Benjamin Mora selepas pasukannya melakar kemenangan kelima berturut-turut dan semakin hampir mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kelapan.

“JDT sentiasa dalam landasan untuk kejuaraan kerana memang kita bermain untuk kekalkan kejuaraan di Johor, itu sasaran utama. Tapi sasaran lebih kecil adalah menang perlawanan demi perlawanan, kumpul mata demi mata, ia tak mudah.

“Kami ketika ini telah menang lima perlawanan terakhir, ia memberikan keyakinan kepada pemain untuk teruskan momentum dan rentak. Sudah tentu saya sedar setiap kali menuju ke penghujung musim ia akan menjadi sukar, pasukan seperti Selangor, Terengganu, Kedah akan tampil dengan kekuatan terbaik untuk memberikan saingan,” ujar Mora.

 

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.