Bertuah Jadi Pemain Kelantan, Siapapun Boleh Dapat Minit Permainan Di Bawah Rezal Zambery

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain-pemain Kelantan boleh dikatakan antara yang bertuah kerana siapapun di antara mereka berpeluang untuk mendapat minit permainan.

Pengendali pasukan Rezal Zambery Yahya berkata, menjadi amalannya untuk menurunkan pemain yang berbeza tanpa ada istilah pemain ‘favourite’ mahupun pemain ‘anak emas’.

Baginya, setiap pemain mempunyai kualiti tersendiri dan perlu diberi peluang sama rata untuk membuktikan apa yang mereka boleh berikan kepada pasukan.

Dia juga berharap ketiadaan beberapa pemain seperti Kelvens Belfort dan Nurshamil Abdul Ghani untuk aksi menentang Kuching City pada Ahad, akan dapat dimanfaatkan oleh mana-mana pemain yang mendapat kepercayaan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Apabila diberi peluang beraksi, mereka perlu menunjukkan kualiti dan komitmen penuh untuk memenangi keyakinan saya. Muda atau berpengalaman, tiada layanan berbeza,” katanya.

Kelantan FC ketika ini sedang menerajui Liga Premier dengan 26 mata manakala Kuching pula ketika ini di kedudukan keempat liga dengan 20 mata.

Dengan kedua-dua pasukan sudahpun terjamin tempat dalam Liga Super musim depan, saingan ketika ini lebih terarah kepada pemburuan gelaran juara.

Kelantan memburu kejuaraan pertama sejak 2013 apabila mereka ketika itu memenangi Piala FA dengan menewaskan Johor Darul Takzim.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.