Beto diserang dan dikecam teruk gara-gara lakonan untuk dapatkan penalti

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain tengah PJ City FC, Ahmad Khairil Anuar Zamri atau lebih dikenali sebagai Beto menjadi sasaran serangan siber penyokong bolasepak tanah air yang secara berjemaah melontarkan kata-kata kecaman dan makian di akaun media sosialnya gara-gara tidak berpuas hati dengan lakonan level Oscarnya untuk mendapatkan sepakan penalti ketika menentang Melaka United pada Rabu.

Pada perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, Beto kelihatan jatuh sendiri selepas menerima bola daripada rakan sepasukan di dalam kotak penalti pada minit ke-81, dan kemudiannya bergolek memegang kaki seolah telah dikasari, menyebabkan pengadil perlawanan yang boleh tahan level amaturnya, menghadiahkan sepakan penalti.

Walaupun dilihat beratus kali dari pelbagai sudut, tidak dapat dipastikan elemen apakah yang membuatkan Beto terjatuh memandangkan tiada pemain Melaka United yang menyentuhnya (sekadar minimal contact pun tidak ada), dengan penyokong-penyokong menyindirnya sebagai terbang jatuh ditiup angin.

Boleh baca sendiri antara komen-komen yang sempat kami screenshot di IG pemain itu :

Beto PJ City 1 Beto diserang dan dikecam teruk gara-gara lakonan untuk dapatkan penalti

Beto PJ City 2 Beto diserang dan dikecam teruk gara-gara lakonan untuk dapatkan penalti

Beto PJ City 3 Beto diserang dan dikecam teruk gara-gara lakonan untuk dapatkan penalti

Beto PJ City 4 Beto diserang dan dikecam teruk gara-gara lakonan untuk dapatkan penalti

Beto PJ City 5 Beto diserang dan dikecam teruk gara-gara lakonan untuk dapatkan penalti

Pengadil mengambil masa yang lama untuk menilai ‘kekasaran’ yang berlaku ke atas Beto, dan meskipun telah mendapatkan pandangan dari pembantu pengadil serta pegawai perlawanan yang lain, dia kekal dengan keputusan untuk memberikan sepakan penalti kontroversi itu.

Darren Lok menyempurnakannya dengan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol kedua PJ City pada minit ke-85 tetapi pada akhirnya kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2 selepas Melaka United mendapat gol penyamaan lewat permainan menerusi gol sendiri Raffi Nagorgani.

Melaka United terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-55 menerusi tandukan S.Kumaahran sebelum Darren Lok menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengambil jalan selamat tidak mahu memberi komen mengenai kontroversi tersebut, apabila secara berseloroh berkata kepada pemberita ‘awak tanya (tentang penalti itu), saya kena gantung’ sebelum bermulanya sidang media.

Tetapi Zainal Abidin mengakui sepakan penalti itu membangkitkan semangat pemainnya untuk berjuang memburu gol penyamaan sehingga ke minit akhir permainan.

Ini adalah keputusan seri kedua Melaka United setelah seri menentang Sabah FC dalam aksi pembukaan, dan dua mata yang diraih setakat ini menyaksikan mereka menghuni tangga kelapan Liga Super.

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.