Betul ke ada kelab Eropah minat dengan pemain JDT, atau sekadar kisah dongeng?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) nampaknya tidak teruja dengan laporan sebuah akhbar tempatan mengatakan lima pemain skuad B-23 kebangsaan termasuk tiga pemainnya iaitu Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Syamer Kutty Abba menarik minat beberapa kelab Eropah.

Menerusi laporan itu, ejen bolasepak tempatan, Syed Qamarul Firdaus mendakwa pernah dihubungi kelab liga divisyen dua Eropah dari Republik Czech, Belarus dan Switzerland bertanyakan tentang pemain-pemain itu, selain Irfan Zakaria (Kedah) dan Syahmi Safari (Selangor) sekitar dua tahun lalu.

Syed Qamarul bagaimanapun memberitahu tiada pemain mahu menyahut cabaran kelab divisyen dua (Tier 2) itu kerana tawaran gajinya yang tidak lumayan seperti di Liga Malaysia.

Namun Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menepis spekulasi itu dan tidak menolak kemungkinan ia hanyalah sekadar rekaan.

“Jika ada kelab-kelab luar negara yang berminat dengan mana-mana pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), orang pertama yang akan tahu mengenainya adalah saya sebagai Pengarah Teknikal atau Martin Prest selaku Pengarah Sukan.

“Mereka akan menghubungi JDT. Jikalau tiada sebarang komunikasi tetapi terdapat mana-mana ejen tempatan yang mendakwa ada minat dari luar negara, ia adalah hanya dua perkara. Sama ada cerita tersebut adalah cerita dongeng ataupun ejen tersebut hendak membuat duit. Sekiranya perkara itu adalah benar, kelab tersebut ataupun ejen luar negara yang dilantik oleh mereka akan menghubungi kami sendiri.

“Kami mempunyai pengalaman dalam ‘the business of football’ dimana kami adalah satu-satunya kelab dalam negara yang menjual pemain. Contohnya kami telah menjual Juan Martin Lucero sebanyak USD2.5 juta,” kata Alistair dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, hanya tiga sahaja pemain dari Malaysia sedang beraksi di luar negara iaitu Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United), Dominic Tan (Police Tero) dan Hadi Fayyadh (Fagiano Okayama).

Foto : NSTP

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.