Biar kalah sekarang, nanti lawan JDT takdelah main macam budak-budak

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persiapan Pahang untuk menghadapi baki saingan Liga Super 2020 nampak sedikit goyah.

Pasukan bimbingan Dollah Salleh itu tewas dalam dua perlawanan persahabatan yang telah diharungi, kedua-duanya kepada pasukan feeder team yang bermain di Liga Premier.

Pertama tewas kepada Terengganu FC II 0-3 dan kemudiannya Selangor II dengan jaringan 2-3.

Begitupun penyerang Pahang, Faisal Abdul Halim berkata keputusan perlawanan persahabatan tidak menggambarkan prestasi sebenar skuad tok gajah dan tempoh masa yang ada sebelum aksi menentang Johor Darul Takzim pada 26 Ogos depan akan diguna sebaik mungkin untuk mereka bangkit mempersiapkan sebuah pasukan yang mantap.

“Keputusan memang agak teruk setakat ini, tetapi bukannya bermakna kita nak kalah setiap perlawanan itu.

“Ini kerana kami dalam proses mencari rentak permainan yang sebaiknya untuk kami hadap perlawanan sukar menentang JDT nanti.

“Tidak guna kalau kita menang aksi persahabatan, tetapi aksi sebenar 26 Ogos ini, kita main macam budak-budak, jadi saya harap sangat penyokong juga memahami apa yang kami sedang lakukan ketika ini sebab siapa je yang nak kalah kan.

“Kami sebagai pemain pun apabila kalah, memang sedih, kadang-kadang tiada semangat, tetapi apa-apa pun kami kena bangkit juga untuk terus perbaiki kelemahan sebaik mungkin selepas ini”, jelas Faisal sambil mengharapkan penyokong akan terus memberikan sokongan padu kepada perjuangan tok gajah musim ini.

IDAM KEKAL TEMPAT DALAM KESEBELASAN UTAMA

Pemain berasal dari Pulau Pinang itu telah diturunkan dalam kesebelasan utama dalam kesemua empat perlawanan pertama musim ini dan dia tekad mahu mengekalkan tempatnya.

Namun, dia mengakui bukan mudah untuk terus menjadi pilihan kerana kesemua pemain ketika ini berada di tahap yang sama selepas lama tidak turun padang ekoran pandemik Covid-19 dan sesiapa sahaja mampu menggantikan posisinya.

“Sebelum kes Covid-19 ini, memang keempat-empat perlawanan saya beraksi dalam kesebelasan utama dan selepas kami kembali ke padang, saya sedar semua pemain juga ingin turut sama beraksi kerana kita pun hanya ada 7 perlawanan sahaja lagi.

“Saya hanya ingin kekalkan momentum yang saya ada sekarang ini dan yang penting, dapat pertingkatkan lagi prestasi sebelum sepak mula 26 Ogos.

“Setakat ini, saya pun masih belum berjaya menjaringkan sebarang gol, tetapi sekarang saya rasa itu tidak penting asalkan pasukan menang tidak kira siapa pun yang meledak gol”, tambahnya.

Pahang ketika ini menghuni tangga ketiga liga selepas mengalami dua kekalahan dan dua kemenangan pada awal musim.

Foto : Pahang FA

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.