‘Biarkan Selangor bergembira, mereka ibarat Elche seri dengan Barcelona’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

“Tidak perlu terus meratapi kegagalan untuk mengutip tiga mata ketika menentang Selangor FC sebaliknya lupakan sahaja dan pandang ke depan kerana perjalanan (musim ini) masih jauh.”

Demikian tegas pemilik Johor Darul Takzim (JDT) susulan keputusan seri 1-1 dicatat ketika menentang skuad Red Giants di laman sendiri pada Rabu, yang sekaligus menoktahkan rekod kemenangan 100 peratus harimau selatan dalam saingan Liga Super 2021.

Sambil mengakui pasukannya tidak bernasib baik untuk melakar kemenangan keempat berturut-turut selepas gagal memanfaatkan beberapa peluang jaringan, Tunku Ismail berpendapat tidak salah membiarkan Selangor bergembira dengan keputusan yang dianggap besar bagi pasukan itu.

Komen Tunku Ismail 'Biarkan Selangor bergembira, mereka ibarat Elche seri dengan Barcelona'

“Pertama, dua penalti tak masuk dan bola kena palang, tiada nasib. Kedua apabila Elche seri dengan Barcelona, Barcelona sedih dan Elche gembira. Itu cerita dia,” tulisnya di ruangan komen instagram rasmi pasukan JDT.

Tunku Ismail bagaimanapun menafikan beliau ‘koyak’ dengan keputusan itu sebaliknya bersyukur JDT mempunyai stadium sendiri dan 17 piala dalam tempoh lapan tahun.

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim Larkin itu, pasukan bimbingan Karsten Neitzel merebut kelebihan awal menerusi jaringan Ifedayo Olusegun pada minit ketujuh. Ia juga merupakan gol pertama menembusi gawang kawalan Farizal Marlias musim ini selepas tiga perlawanan terdahulu menyaksikan dia mencatat clean sheet.

Berita berkaitan : “Selangor bukannya bermain baik sebaliknya hanya lakukan apa yang patut untuk tidak kalah”

JDT bagaimanapun tidak menunggu lama untuk membalas apabila Bergson Da Silva menyamakan kedudukan pada minit ke-11.

Skuad Benjamin Mora boleh dikatakan menolak tuah, apabila dua sepakan penalti yang dihadiahkan pada setiap babak permainan gagal disudahkan – sepakan oleh Gonzalo Cabrera melambung melewati palang manakala sepakan Bergson pula diselamatkan Khairul Azhan Khalid.

Malah serangan bertali arus di penghujung masa permainan juga menyaksikan JDT terlepas banyak peluang jaringan disebabkan ketangkasan Khairul Azhan Khalid dan Selangor pulang ke Shah Alam dengan satu mata.

JDT kekal menerajui liga dengan 10 mata, menerusi beza jaringan ke atas Terengganu FC manakala Selangor FC pula jatuh ke tangga kelima.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.