Biasalah Pengadil Buat Silap, Takkan Semua Benda Nak Kritik – Jamal Nasir

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail tidak bersetuju dengan kritikan terhadap kualiti pengadilan Liga Malaysia yang kembali hangat diperkatakan minggu ini susulan beberapa kontroversi pengadilan dalam perlawanan membabitkan Johor Darul Takzim menentang KL City serta Sri Pahang menentang Kedah Darul Aman.

Bercakap kepada portal Majoriti, Jamal Nasir berkata pengadil membuat kesilapan adalah perkara biasa dalam bolasepak yang mana mungkin didorong tekanan serta intensiti tinggi sesebuah perlawanan, mahupun provokasi yang dilakukan.

Malah menurutnya kritikan berterusan hanya akan membuatkan tiada lagi invidu berminat menjadi pengadil dan ia adalah sesuatu yang merugikan.

“Kita tak boleh nak cakap pengadil Malaysia ni tiada kualiti, mereka juga manusia biasa yang melakukan kesilapan… kadang-kadang mereka kena buat keputusan yang sangat pantas.

“Pada pendapat saya, pengadil dah buat yang terbaik, tapi kita punya liga pun belum sampai lagi ke tahap yang terbaik… jadi bila keadaan itu berlaku, maka semua sekali baik pengadil atau pengurusan, masih lagi belum berada di tahap terbaik. Benda ni tak boleh nak salahkan satu pihak sahaja.

“Kalau asyik komen pengadil tak bagus lama-lama nanti tiada siapa yang mahu jadi pengadil. Takkan nak ambil pengadil import? Berapa banyak kos terpaksa ditanggung nanti,” kata Jamal Nasir.

Terdahulu pengadil perlawanan Sri Pahang dan Kedah yang berlangsung Rabu, dikritik hebat ekoran banyak keputusan tidak tepat termasuklah membatalkan dua jaringan skuad tok gajah.

Ini menyebabkan FAM sebagai badan induk pantas membuat siasatan dan mengakui pengadil telah membuat kesilapan, dan akan diambil tindakan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.