“Bila kalah macam-macam alasan padahal JDT pun sama jer,” Adam bidas Benjamin Mora

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas pemain import Sri Pahang dan Uitm FC, Adam Reed menempelak kenyataan Benjamin Mora susulan kekalahan mengejut Johor Darul Takzim di tangan Terengganu FC pada Sabtu.

Benjamin Mora pada sidang media selepas perlawanan menyelar Terengganu sebagai menang dengan ‘cara kotor’ dan tidak menunjukkan semangat kesukanan kerana banyak membazir masa dengan ‘buat-buat cedera’ lantas merosakkan keindahan bolasepak.

Malah dia juga berpandangan Terengganu FC bukannya mahu bermain bola apabila berkampung sepanjang perlawanan di kawasan sendiri sehingga menyukarkan mereka mencari jaringan.

Namun Adam Reed berpandangan Benjamin Mora seharusnya menerima kenyataan dan move on bukannya mencipta seribu satu alasan kerana tewas.

“Tahun lepas apabila saya bermain dengan Pahang, mereka (JDT) pun buat benda sama (lambatkan masa), buat semua benda kelakar, kejap-kejap jatuh dan menjerit. Ini baru kalah satu perlawanan, dia punya sembang tak nak kalah.

Adam Reed bidas Benjamin Mora "Bila kalah macam-macam alasan padahal JDT pun sama jer," Adam bidas Benjamin Mora

“Awak punya pemilik (TMJ) pergi ucap tahniah pun ‘nak kena rakam’. Jurulatih ini sentiasa suka mencari alasan, sedangkan orang dari seven eleven pun boleh menanglah jika mengendalikan JDT. Lawan KL nanti tengoklah 15 lawan 11,” tulis Adam Reed dalam ruangan komen di salah satu posting instagram.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu, Terengganu FC menang 1-0 menerusi jaringan pemain sayap meningkat naik Hakimi Abdullah pada minit ke-56.

Ia bukan sahaja kekalahan pertama skuad harimau selatan musim ini, tetapi kekalahan pertama selepas 22 perlawanan Liga Super dan yang pertama di venue baru mereka itu.

Terengganu FC pula menang pertama kali ke atas lawan mereka itu selepas tujuh perlawanan, sejak kali terakhir pada Oktober 2018.

Kemenangan keenam buat skuad Nafuzi Zain melonjakkan semula mereka ke tangga kedua Liga Super dengan 21 mata, ketinggalan dua mata di belakang JDT.

Ini sekaligus menyaksikan pemburuan gelaran juara Liga Super 2021 kembali terbuka dan JDT boleh menjangkakan tentangan sengit untuk mempertahankan kejuaraan buat kali kelapan berturut-turut.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.