Bila masa saya tawar diri nak latih Belanda, ia adalah satu pembohongan!

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger berang dengan laporan Fox Sports yang mengatakan dia menawarkan diri untuk menjadi pengurus baru pasukan kebangsaan Belanda/Netherland/Holland.

Pengurus berusia 70 tahun itu berkata ia adalah laporan mengarut di mana dia tidak pernah sama sekali menyatakan minat untuk mengendalikan Belanda yang melepaskan pengurus sedia ada Ronald Koeman kepada Barcelona.

Baca : Kerja gila Barcelona, mahu ‘swap’ pemain termahal mereka demi Costa dan Rabbiot

Koeman telah dipilih untuk menggantikan Quique Setien yang dipecat selepas berakhirnya cabaran Barcelona bagi musim 2019/2020 selepas tewas memalukan 2-8 kepada Bayern Munich dalam aksi separuh akhir Liga Juara Eropah minggu lalu.

“Ia adalah satu pembohongan! Saya tidak pernah bercakap dengan sesiapa mengenai perkara ini dan tiada siapa boleh bercakap mengenai masa depan saya, kecuali diri saya sendiri.

“Ketika ini saya bersama FIFA (Ketua Pembangunan) dan gembira dengan apa yang sedang saya lakukan, tidak ada keperluan untuk menawarkan diri kepada sesiapa dan tidak perlu sesiapa yang lain keluarkan kenyataan bagi pihak saya,” tegas Arsene Wenger.

Dengan Arsene Wenger sudahpun menepis spekulasi mengaitkan namanya sebagai pengurus baru Belanda, antara nama lain yang menjadi calon hangat adalah bekas bintang skuad Oranje itu sendiri iaitu Frank De Boer dan adiknya Ronald De Boer.

Sebagai rekod, Arsene Wenger tidak membimbing mana-mana pasukan lain selepas meninggalkan Arsenal pada 2018.

Sepanjang 12 musim bersama Arsenal, pengurus kelahiran Perancis itu menjadikan Arsenal sebagai salah satu pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris.

Baca : Lupakan gol Ronaldinho, pada usia 40 tahun David Seaman lakukan sesuatu tak tercapai dek akal

Dia juga menempatkan diri sebagai salah seorang pengurus paling berjaya dalam EPL dengan menjulang 3 gelaran EPL dan 7 gelaran Piala FA, selain dinobatkan sebagai pengurus terbaik tahunan sebanyak tiga kali pada 1997/98, 2001/02 dan 2003/04 serta Pengurus Terbaik Dunia 1998.

Arsene Wenger juga boleh berbangga kerana sehingga kini, gelaran EPL dimenangi Arsenal pada 2003/2004 dengan mengharungi sepenuh musim tanpa tewas (the invicibles) masih belum dapat diatasi oleh mana-mana pasukan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.