Bintang-bintang yang tidak beraksi di Euro 2020

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Saingan Euro 2020 akan membuka tirainya pada 10 Jun 2021, buat kali  kedua menyaksikan pembabitan 24 pasukan yang dibahagikan kepada enam kumpulan.

Euro 2020 Grouping Bintang-bintang yang tidak beraksi di Euro 2020

Semua sudah mengetahui barisan 26 pemain yang dibawa ke kejohanan kali ini oleh setiap pasukan, tetapi bagaimana pula dengan pemain yang tidak akan beraksi dalam edisi kali ini sama ada disebabkan pasukan mereka tidak layak, kecederaan, tidak terpilih ataupun sebab-sebab lain?

LabolaMalaya menyenaraikan beberapa pemain bintang yang tiada dalam Euro 2020.

Pemain dari pasukan tidak layak ke Euro 2020 : 

Jan Oblak, pastinya mengecewakan buat penjaga gol Atletico Madrid ini yang dianggap salah seorang penjaga gol terbaik dunia, tidak pernah mewakili negaranya di kejohanan besar.

Slovenia tidak layak ke Euro 2020 setelah menamatkan aksi kumpulan di pusingan kelayakan di tangga keempat. Kejohanan besar terakhir disertai mereka adalah Piala Dunia 2010.

Erling Haaland dan Martin Odegaard, turut akan menyaksikan Euro 2020 dari rumah setelah gagal memacu Norway melepasi pusingan play-off, apabila tewas kepada Serbia dalam aksi separuh akhir. Haaland merupakan sensasi bolasepak dunia masa kini manakala Odegaard pula merupakan kapten termuda Norway yang bermain dengan Real Madrid, baru-baru ini dipinjamkan ke Arsenal.

Erling Haaland Bintang-bintang yang tidak beraksi di Euro 2020
Erling Haaland. Foto ehsan Eurosports

Ketiadaan Bosnia Herzegovina yang turut gagal melepasi pusingan play-off setelah tewas kepada Ireland Utara di separuh akhir bermakna tiada kelibat kapten yang juga bekas bintang Manchester City Edin Dzeko serta tonggak Barcelona Miralem Pjanic pada edisi kali ini.

Dusan Tadic dan Aleksandar Mitrovic pula menonjol untuk membantu Serbia mara ke final play-off dengan menewaskan Norway, sekadar untuk berputih mata kecundang kepada Scotland menerusi penentuan penalti, sekaligus terlepas kejohanan besar sekali lagi.

Manakala Gylfi Sigurdsson menjadi antara tonggak penting Iceland dalam pusingan play-off, dua gol jaringannya membantu mereka tewaskan Romania dan mara ke final namun akhirnya dikecewakan Hungary.

Iceland tidak lagi sebuah pasukan yang sama seperti mana ketika mara ke Euro 2016 dan Piala Dunia 2018, mereka tewas kesemua 10 perlawanan Nations League. Mungkin juga Sigurdsson sudah tidak berpeluang untuk bermain di kejohanan besar selepas ini.

Pemain yang mengalami kecederaan : 

Trent Alexander Arnold pada mulanya telah disenaraikan England dalam senarai 26 pemain England, tetapi mengalami kecederaan ketika aksi persahabatan. Dia telah digantikan oleh Benjamin White. Manakala Harvey Barnes yang cemerlang bersama Leicester serta pertahanan Liverpool Joe Gomez pula mengalami kecederaan lutut jangka panjang.

Zlatan Ibrahimovic kembali dari persaraan antarabangsa dan mensasarkan satu penampilan besar terakhir bersama Sweden namun sayang sekali mengalami kecederaan lutut pada Mei lalu.

Zlatan Ibrahimovic AC Milan Bintang-bintang yang tidak beraksi di Euro 2020
Zlatan Ibrahimovic. Foto ehsan : Eurosports

Jika tidak kerana kecederaan, Ansu Fati mungkin antara nama pertama tersenarai dalam skuad Sepanyol. Bintang muda Barcelona ini bergelut dengan kecederaan lutut sejak November tahun lalu, dan telah menjalani pembedahan sekali lagi pada Mei lalu.

Penjaga gol Barcelona, Marc Andre Ter Stegen terlepas Euro 2020 kerana kecederaan lutut. Pengendali Jerman Joachim Low menyenaraikan Kevin Trapp sebagai pengganti.

Bintang muda Itali, Nicolo Zaniolo tersisih kerana bergelut dengan kecederaan lutut, terbaru mengalami ACL pada awal tahun ini.

Kapten Belanda, Virgil Van Dijk tidak sempat cergas sepenuhnya setelah pulih daripada kecederaan ACL yang dialami ketika menentang Everton tahun lalu, tetapi dia tetap dibawa ke Euro 2020 dengan diberi non-playing role.

Belgium pula terpaksa melupakan khidmat Axel Witsel yang mengalami tendon achilles koyak ketika bermain untuk Borussia Dortmund pada Januari lalu dan kini dalam proses pemulihan.

Donny Van De Beek menjadi pemain terbaru terpaksa disisihkan, apabila mengalami kecederaan ketika aksi persahabatan. Belanda bagaimanapun tidak memanggil pemain lain untuk menggantikannya.

Masalah prestasi/kecergasan atau lain-lain :

Sepanyol : Hector Bellerin, Sergio Ramos, Kepa Arizabalaga, Iago Aspas, Marco Asensio, Nacho Fernandez, Lucas Vasquez

Perancis : Alphonse Areola, Anthony Martial, Hussein Aouar, Alexandre Laccazete, Dayot Upamecano, Tanguy Dombele

Jerman : Marco Reus, Jerome Boateng

Portugal : Cedric Soares

England : Patrick Bamford, Danny Ings, Aaron Wan Bisaka, James Maddison, Eric Dier, Delle Alli

Featured image: ehsan Liverpool FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.