Boss PSG Anggap Pergaduhan Neymar-Mbappe Sengaja Diperbesarkan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Tiada keperluan untuk memperbesarkan pergaduhan yang berlaku di antara Kylian Mbappe dan Neymar.

Demikian menurut Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi yang menepis dakwaan bahawa kedua-dua pemain bintangnya itu tidak sebulu.

Mengakui dua pemain itu ada berbalah, Nasser menyifatkan pertelingkahan tersebut tidak lebih seperti pertengkaran antara adik-beradik.

“Tidak, tidak. Tidak ada masalah sama sekali sepertimana tanggapan ramai. Saya rasa mungkin mereka tidak faham situasi sebenar di antara mereka.

“Maksudnya di sini, mungkin saya boleh bergaduh bersama abang atau kakak saya dan ia merupakan perkara biasa dan tidak bermaksud kami bermusuh. Mungkin disebabkan mereka adalah Neymar dan Mbappe, jadi orang melihat ia seolah pergaduhan besar dan mendapat perhatian dunia.

“Tetapi sebenarnya kedua-dua pemain ini merupakan rakan baik dan rakan sepasukan yang hebat, mereka bergelak ketawa bersama, tiada timbul sebarang isu luar padang antara mereka,” katanya dilaporkan media antarabangsa.

Sumber : ‘They are good friends’ – PSG president claims Mbappe and Neymar have no issues

Khabar angin tentang ketidakpuasan hati antara Neymar dan Mbappe bertiup kencang sejak Paris Saint-Germain menang 5-2 menentang Montpellier pada 13 Ogos lalu, yang mana Neymar memutuskan untuk mengambil alih tugas penalti selepas sepakan yang dilakukan Mbappe sebelum itu tersasar.

Pada perlawanan tersebut, Mbappe dilaporkan kelihatan kecewa dengan rakan sepasukannya itu sekali gus mencetuskan pergaduhan di bilik persalinan sehingga menyaksikan Sergio Ramos terpaksa bertindak meleraikan mereka.

Tidak lama selepas itu, Neymar dilihat menyukai Tweet yang mengatakan kontrak baharu Mbappe dengan gergasi Perancis itu menyebabkan dia bertindak seperti ‘pemilik PSG’.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.